PANAS : PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 1965- LEE KUAN YEW


PANAS : PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 1965...CINA DAN INDIA PATUT BERTERIMA KASIH PADA ORANG MELAYU...

Petikan dari akhbar Berita Harian 1965:

KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dlm dunia ini bangsa-bangsa yg mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dlm dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yg mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Datuk Sambanthan berkata demikian di dlm Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yg memainkan peranan perkauman di sini utk kepentingan diri sendiri. Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.

Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.

Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dlm tahun 1957 dahulu dgn tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yg memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?”

(Berita Harian: 25.6. 1965).

2 comments:

Anonymous said...

Datuk ini telah tiada. Semua ini adala sejarah dan ia mgigatksn kita bangsa melayu ade la bangsa yg sgt pemurah sanggup bkongsi negari ini shingga di akhir kita pula dgelar penfatang oleh bangsa2 yg sebangsa dn sefahaman dgn Lky. Semuga Allah mlindungi hamba mu ini dri hasad dengki manusia yg tdak thu bsyukur dn kurang ajar.

izhar said...

Melayu2 moden skrg pun lupa diri kupa sejarah lagak bodoh sombong.. julang jilat Cina.
Jgn sebutpasal ketuanan dan rezab Melayu.. mengamuk Melayu2 bodoh ni.
Jd mmg betul kata Tun V Sambathan.. Melayu2 bodoh ni mmg dh wujud skrg..

Yg dulu2 dh susah payah bian negara dgn kongsi tanah air..
tp muda2 skrg mcm bodoh.. nk sama rata lg.. celik2 mata senang boleh ckp mcm tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...