Putus dengan bapa, kawan dengan anak


 Pemuda Pas Kelantan menyifatkan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun mengajak pimpinan Pas berbaik-baik dengan parti itu sebagai tindakan yang lucu.

 Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataanya hari ini mengandaikan kemungkinan DAP beranggapan sekiranya Abdul Hadi disingkirkan, ahli-ahli Pas yang tinggal akan mudah dipergunakan.

 “Mengisytiharkan putus hubungan dengan bapa dan dalam masa yang sama menghulurkan persahabatan kepada anak-anak merupakan satu tindakan yang melucukan di abad ini.

 “Ia lebih pelik apabila kata-kata nista yang dilontarkan kepada bapa dengan segala macam tohmahan sedangkan anak-anak diajak untuk berbaik. Barangkali dengan sangkaan jika bapa dimatikan, harta pusaka yang diwarisi oleh balu dan anak-anak senang dibahagi-bahagikan,” katanya.

 Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan DAP tidak boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi susulan tindakannya yang tidak jujur dan bermaruah dalam soal undang-undang hudud.

 Tindakan itu menerima pelbagai reaksi dari pimpinan Pas yang rata-rata kurang senang dengan kenyataan DAP tersebut. Sementara itu, menurut Ahmad Fadhli, perjuangan tetap diteruskan dengan kepimpinan Abdul Hadi dan tidak akan sesekali penyokong Pas akan mengkhianati pemimpin nombor satu Pas itu.

 “Hanya anak-anak yang derhaka sahaja yang sanggup menerima tawaran beracun seperti ini. Yang kasihkan bapa, berakit ke hulu berenang ke tepian, bapa seorang takkan ditinggalkan.

Kasih biar sampai penghujung, sayang tiada tukaran ganti. “Waktu berdiri kami setia, waktu diserang kami mendada. Jika melontar ke tengah laman, di pintu pagar kami menunggu,” katanya.-SH

3 comments:

Anonymous said...

Mereka mahu PAS ikut mereka jadi anjing, apa yang mereka cakap dituruti dan taat, calon yang baik seperti Husam,Mat Sabu dan Mahfuz dikehendaki. atau Orang yang terlalu cerdik Khalid Samad.

Nedzork said...

http://forums.petfinder.my/member.php?u=9658

Anonymous said...

ini semua poyo...
pas, dap dan pkr tetap bersama.
pas kata kt dap boleh keluaq pakatan,
dap kata kt pas boleh keluaq pakatan, Tapi dua2 masih dok dlm pakatan.
Ni semuah dakyah politik murahan, mai pilihanraya dap+pas+pkr tetap bekerjasama....
Haron Din pun dh tunjuk sifat munafik?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...