Penduduk bakal dihalau. 1 lagi kampung tradisional melayu lebih 100 tahun bakal lenyap di P.Pinang

ANTARA rumah yang diwarisi sejak lebih 100 tahun lalu telah dirobohkan.

KAMPUNG Bagal Jermal berhampiran Persiaran Gurney semakin terhimpit

Persiaran Gurney yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara di sini, bakal berubah wajah tidak lama lagi selepas sebahagian kawasan tersebut dijangka dibangunkan dengan projek komersial. Perkara itu berikutan notis yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi kerja-kerja pembangunan tanah di atas lot 1011, 1372 dan 2882 di kawasan berkenaan.

 Sebahagian lot tanah tersebut meliputi kawasan Jalan Kelawai berdekatan bulatan Persiaran Gurney serta kawasan penempatan penduduk. Projek terbaharu oleh MPPP itu mengundang kebimbangan penduduk kerana bakal merubah sepenuhnya landskap Persiaran Gurney pada masa depan.

 Malah, projek pembangunan itu juga bakal menyebabkan Persiaran Gurney bertambah padat dengan bangunan komersial, sekali gus memburukkan lagi keadaan lalu lintas yang sudah sedia sesak ketika ini.

 Menurut jurucakap Citizens Awareness Chant Group (Chant Group), cadangan pembangunan di atas tapak tanah milik MPPP itu sangat mengejutkan memandangkan kawasan berkenaan disifatkan sudah terlalu sesak dengan pembangunan komersial.

 Katanya, MPPP sepatutnya memanggil penduduk di kawasan tersebut dan mendapatkan maklum balas sebelum meneruskan sebarang cadangan pembangunan di kawasan berkenaan.

 Tambahnya, selain deretan hotel-hotel mewah dan bangunan komersial, kawasan itu juga sudah mempunyai kompleks beli-belah mega, sekali gus dilihat tidak lagi sesuai dibangunkan dengan projek komersial baharu.

 “Malangnya kita tidak pernah mendengar MPPP atau kerajaan negeri mengadakan dialog dengan penduduk tentang cadangan pembangunan di kawasan ini. “Sedangkan cadangan pembangunan ini boleh disifatkan sebagai kritikal kerana bukan hanya merubah landskap Persiaran Gurney, malah akan menyebabkan penduduk di kawasan tersebut menanggung kesan kerana kepadatan projek komersial,” katanya.

 Sementara itu, Presiden Kongres Persatuan Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak membenarkan kawasan tersebut dibangunkan dengan lebih banyak projek komersial kerana dilihat tidak lagi sesuai dengan keadaan sema­sa.

 Sambil mela­hirkan rasa terkejut, beliau juga membidas kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan lepas tangan dalam membantu penduduk di kawasan itu menyelesaikan isu pertikaian dengan tuan tanah sehingga menyaksikan sebuah lagi penempatan bakal dimusnahkan.

 Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil langkah lebih berkebajikan dan berperikemanusiaan dalam menyelesaikan masalah pertikaian antara penduduk dengan pemilik tanah supaya tiada pihak dilihat seperti teraniaya.

 “Penduduk kampung juga merupakan rakyat dan pengundi di negeri ini dan ada antara mereka yang turut membayar cukai pintu kepada MPPP, jadi tidak seharusnya kebajikan mereka diabaikan,” katanya.
-utusan

6 comments:

Anonymous said...

syabas pengundi melayu maju lah pulau pinang

Anonymous said...

Apa boleh buat PKR dan PAS sokong DAP, UMNO hanya bising aje, siapa yang nak bela Melayu? Melayu yang sokong dan undi DAP memang barua dan pengkhianat.

Anonymous said...

Padan muka melayu.Penang...BODOH DAN LEMBU

Anonymous said...

Padan muka Melayu yang menyokong komunis kafir harbi babi DAP.You asked for it.Nasib kamu semakin serupa dengan Melayu Singapork.Jadi, banyak-banyak bersabar sahajalah.

Anonymous said...

Saya anak jati Penang. Maaflah yer walaupun saya tak setuju dgn DAP tp nak bising mcm mana? Akta Tanah sapa yg pinda klu bukan ghafar baba tu yg konon parti mlayu sendiri? Yg membolehkan kerajaan boleh amik hak tanah tu sesuka hati. Ingat kampung melayu di Penang je tak selamat ka...kampung melayu negeri lain pun sama lah.
Lagi satu projek nak bangunkan kampung melayu di penang ni bukan masa PR perintah lah....ni dah awai2 kautim masa BN pegang tau dak. Aku tau lah pasal aku kekdg pegi majlis perbandaran tgk plan.
Lagi satu kampung melayu kat batu feringgi pun penduduk dah amik duit pampasan dah. Why?? ? Sebab tu bukan tanah persendirian. Masing2 dok situ tanpa izin walau dah berpuluh tahun tau dak. Sepupu aku pun dpt duit ...blah lah. Bukan tanah sendiri pun. Nak bising apa kalau tu bukan hak. Ek elehhh klu ada geran pun boleh buat apa....puak BN pimpinan Mahathir masa tu dah pinda Akta Tanah. Konon bela melayu....puiiiiiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...