Tun M, Tun Daim punca masalah MAS


Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System (MAS) tenat dan hampir diisytiharkan bankrap disebabkan kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

 Pengarah Pemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Ahmad Anwar Asyraf berkata, masalah yang dihadapi MAS berpunca daripada kesilapan Dr Mahathir menyerahkan syarikat itu kepada kroninya, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1993.

 “Tajuddin Ramli melalui syarikat‪ ‎Malaysia Helicopter Service yang kemudiannya ditukar kepada Naluri. Kerana “kehandalan” dan “kepintaran” kroni Dr Mahathir ini, MAS telah mewarisi kerugian terkumpul sebanyak RM9.4 bilion sebaik sahaja Tajuddin menjual semula kepada Kerajaan pada 2001.

 “Dr Mahathir ketika itu masih bergelar Perdana Menteri dan Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan telah membuat keputusan untuk membeli semula saham MAS seperti harga yang dibeli oleh Tajuddin dahulu iaitu RM 8.00 sedangkan harga pasaran ketika itu adalah RM 3.68. “Kononnya untuk menyelamatkan MAS daripada menjadi milikan asing. Tajuddin meraih untung RM 1.8 billion tetapi MAS mewarisi hutang,” katanya.

 Ahmad Anwar berkata, MAS sekarang telah menjadi MAS yang baharu bermula 1 Jun lalu sama juga UMNO yang menjadi UMNO baharu hasil kerja tangan Dr Mahathir. “Dr Mahathir bukan sahaja gagal dalam memilih pengganti beliau sebagai Perdana Menteri, malah Dr Mahathir termasuklah Daim dan Tajuddin telah melakukan dosa yang amat besar terhadap 6,000 orang yang kehilangan pekerjaan,” katanya.-FMT

5 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Yes lawak..

Anonymous said...

Kawan ada baca news ka, itu TR marah kat Tun sebab paksa dijual MAS dengan harga RM1 sedangkan dibeli dengan harga RM9. Saya baca ni di Berita Harian sebelum ada lagi Media Sosial di Internet.So siapa tipu siapa. Jujurlah kalau menyampaikan sesuatu berita insyallah rezki anda akan berganda.

Anonymous said...

Masam je muka kalau apa yg di tulis tak seperti yg di inginkan.Hakikatnya ,memang Mas di jual kpd TR ketika MAS memperolehi keutnungan,dan di beli balik dari TR,bila Mas sudah megalami kerugian.Harga pasaran saham Mas ketika itu 3.69,tapi Kerajaan beli pd harga 8.00 RM.Ini baru betul kalau nak kata nilai bayar lebih tinggi dari nilai asset.

Anonymous said...

Kalau semua Agensi kerajaan, GLC dan Badan-badan berkanun asyik guna AirAsia macammana MAS nak berjaya. Sepatutnya semua urusan rasmi penerbangan kakitangan semua kementerian dan tiket percuma untuk keluarga, GLC-GLC, badan berkanun mestilah gunakan MAS sebagai salah satu Syarikat Kerajaan. Sebab setiap sen yang digunakan akan balik kepada kerajaan.

Anonymous said...

Hai, I love PM suruh buat ke ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...