£5 ADALAH NILAI UNTUK MEMBENCI NEGARA.


Khairul Ashraf Muhamad


Telah viral dakwaan seorang rakyat Malaysia pembenci negara yang pernah belajar di UK tahun lepas atas tajaan Kerajaan Malaysia juga kerana nilai £5 dan barang2 yang mampu dibelinya di sana. Saya erpanggil untuk turut menulis perbandingan berdasarkan pengalaman sendiri;

£5 atau RM27 di Lidl (Seumpama Giant atau Tesco di UK dan Ireland) boleh membeli 10 biji epal, sesikat pisang, sekotak anggur sebiji salad (ice lettuce) dan 4 paket Kinder Bueno 2x1.

Inilah harga yang perlu dibayar olehnya untuk beliau membenci negara.

Epal dan anggur adalah asal dan native kepada UK. Pisang import grade dari Jamaica atau sekitar Carribean. Kinder Bueno pula diimport sama ada dari Poland atau Itali.

Secara logistiknya, kedudukan kilang pemproses dan pengeluar makanan tersebut lebih hampir dan dekat dengan Lidl di UK, berbanding dengan Malaysia. Kerana itu mereka di sana ketika itu dapat membelinya dengan murah berbanding di Malaysia. Itupun jika itulah perbandingan yang cuba dibuatnya.

Cuba lah cari serai, petai dan belacan di UK dan Ireland, dan bandingkan dengan harganya di Malaysia. Pengusaha2 makanan Malaysia di sana memberitahu, bahan2 membuat Nasi Lemak lebih murah untuk dibeli terus secara pukal dari Malaysia berbanding membelinya dari pekedai di sana. Ada, tetapi mahal. Bukan mudah pula untuk berjumpa dengan yang segar dan baru.

Sekitar 2011 dan 2012, harga secekak 3 batang serai yang kecut dan kering dek penangan musim sejuk di Dublin, Ireland adalah €2 atau RM8 untuk tukaran ketika itu Beras sekampit pula €20 atau RM80. Di UK, lebih lagi. Tukarannya sahaja lebih tinggi.

Kesimpulannya disana, untuk kenyang dengan fish n chips, lasagna atau buritto lebih murah. Jauh beza dari memilih untuk kenyang dengan masak lemak cili api dan kari ayam hatta sup ayam sekalipun.

Oh ya, sup ayam kami dimasak menggunakan tulang sahaja yang telah di 'deboned' dengan sedikit cebisan daging yang boleh diperolehi percuma jika tahu kedai dan baik penjualnya. Alhamdulillah kami selamat hidup begitu dan sihat sehingga sekarang. Begitulah natijah hidup di perantauan sebagai pelajar, berjimat cermat.

Dan ini baru dibandingkan bab makanan. Belum dikisahkan lagi cukai pendapatannya dari minimum 21% hingga 52%. Jangan suruh saya ceritalah, ngeri. Pembenci negara itu adalah pelajar yang bekerja sambilan. Di UK pekerja sambilan tidak perlu membayar cukai pendapatan. Untunglah.

Murahnya nilai beliau untuk membenci negara.

Saya menyayangi negara saya lebih lagi selepas itu. Sayang ketat2. Negara saya tiada tara tandingan dan ternilai harganya!

Nota Kaki: Gambar adalah Durian. Harganya di UK nyaris2 RM100.00 sekilo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...