Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015
Julai 10, 2015
8 comments:
Uwekkkk..
Mamak Kutty sudah bikin wayang nages2.. allalalaa.. dah kantoi mula main sentimen bangsa2.. munafik betul mamak tua nih.
Takkan lah bodoh sgt org muda nk terima wayang .. utk selamtkan bangsa kunun pergi jumpa media .yahudi? Amerika?
rompak wang dulu2 bg anak dua nya kaya tu takmau dimuatkan dalam wayang sajak?
Uweekkkk x10.. mamak ni lah yg pecah belahkan bangsaku! Bertopengkan kemajuan monumen2, dirompaknya wang negara...
Tun mamak ohh tun mamak.. selamanya kau beelakon...
Peeegiiii dahhhh! Menyusahkan orang je!
Aku adalah melayu singapura yang akan tetap menyanjungi TUN buat selama lamanya.
Aku adalah melayu singapura yang akan tetap menyanjungi TUN buat selama lamanya.
bagus, melayu Singapura pun sanjung Tun M. Budak seberang dari hutan ceruk tok kun mana tau apa. Harap tunggu duit dari boss buat blog saja. cari makan ounya blogger. Anak seberang akan mampos tak lama lagi.. mungkin accident dengan lori.
Banyak peluang untuk kita Bumiputra.
Cuma kita kena usaha + ilmu + badan2 yang boleh membantu.
Kita yang kena cari & bertanya.
Kemudahan semua telah disedikan.
Menyalahkn kerajaan atas kegagalan org melayu 100% mcm tidak adil.
Peluang dah ada cuma kita sahaja yang tak mengambil kesempatan. Mungkin kerana tiada pendedahan.
Yang org kita tahu belajar tinggi2 masuk pejabat 9-5.. Itu ja.
Melayu takut ambil risiko & kurang ilmu dalam perniagaan.
Perlu ada minat untuk berubah. Baru ada daya saing untuk bersaing dgn Bangsa lain terutamanya Cina.
Sikap dan prospektif orang Melayu kena berubah.
Melayu kurang dalam pengetahuan pengurusan kewangan. Itu masaalah kita.
Anon 10.37pm.jangan lah kita mendoakan yang tidak baik kepada seseorang kerana sesungguhnya kita sebangsa dan seugama.maafkan aku kerana menegurmu dgn ikhlas.
Bukan apa setengah orang itu amat melampau. Rata-rata orang Melayu walaupun tidak memuja, mereka menghormati TDM kerana jasanya membangunkan negara. Tetapi ada orang cuba menafikan dan memperleceh sumbangan beliau. Sebaliknya apakah sumbangan mereka-mereka yang mengutuk Tun itu kepada Malaysia?
Post a Comment