Bersih 4.0 yg jijik dan kotor!
Polis Kuala Lumpur sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa BERSIH 4.0 merupakan sebuah perhimpunan haram dan menyanggah kenyataan Marina Chin Abdullah bahawa himpunan tersebut dibenarkan jika mereka berhimpun di lokasi yang sesuai.
Parti DAP pula ketika sidang akhbar menyatakan bahawa BERSIH 4.0 bukanlah merupakan agenda mana-mana parti politik sebaliknya ia adalah agenda rakyat.
Dan tiada mana-mana parti politik menjadi dalangnya meski pun ketika sidang akhbar tersebut para pemimpin DAP memakai baju BERSIH.4.0.
Sementara itu Gerakan Harapan Baru mengerahkan pimpinan, ahli dan penyokong mereka turun menyertai himpunan BERSIH 4.0.
Antara lain tuntutan BERSIH 4.0 adalah untuk sebuah pilihanraya yang adil dan bersih di mana selama ini mereka GAGAL menyatakan sebarang bantahan melalui petisyen pilihanraya dan mengemukakan sebarang bukti ke mahkamah pilihanraya untuk membatalkan Pilihanraya Umum ke 13 mengikut lunas undang-undang. Akhirnya demi menutup kegagalan mereka, maka jalan raya adalah pilihan terbaik.
Di samping itu, BERSIH 4.0 juga menuntut sebuah kerajaan yang bersih dan tidak dapat menerima sama sekali pengiktirafan DUNIA bahawa kerajaan Malaysia menduduki tempat ke 8 dari 160 buah negara dari aspek ketelusan, keberkesanan tadbir urus dan daya saing ekonomi.
Agenda seterusnya adalah demokrasi berparlimen di mana selama ini BERSIH 4.0 menganggap Malaysia dipimpin oleh seorang diktator yang tidak boleh difitnah, dihina, dikeji dan diperlakukan sewenangnya. Sebarang fitnah dan hasutan yang dikenakan tindakan undang-undang di bawah mana-mana Akta dan undang-undang pencegahan dianggap sebagai tidak demokrasi oleh penganjur BERSIH 4.0 dan sekutunya.
Ia juga dianggap sebagai agenda BERSIH 4.0 iaitu kebebasan bersuara di mana selama ini mereka (BERSIH 4.0 & sekutunya) beranggapan bahawa setiap rakyat wajib dengar, taat dan setia kepada Perdana Menteri dan kerajaan memerintah tanpa boleh mengadu domba, membuat spekulasi, memfitnah dan lain-lain sebagaimana yang mereka dan sekutu-sekutu mereka lakukan setiap hari.
Demikianlah betapa jijik dan kotornya permainan zionis yang selama ini membiayai BERSIH 4.0 dan sekutu-sekutu mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment