BERSIH 4.0, SIAPA YANG KALAH?


Yang kalah di dalam Bersih 4.0 ini adalah DAP. Parti kaum Cina ini bekerja keras untuk menggerakkan penyokongnya untuk menghadiri Bersih 4.0 dengan menggunakan segala macam bentuk media dan juga jaringan parti mereka yang luas. Unit siber DAP khususnya memainkan peranan yang sangat penting untuk menyokong aktiviti ini.

Parti ini berjaya mengusik emosi masyarakat Cina hingga ke tahap maksimum, seperti yang dilakukan mereka pada pilihanraya umum yang lepas. Jadi tidak mengejutkan berpuluh ribu kaum Cina dari serata tanah air turun ke KL untuk menghadiri perhimpunan ini. Juga dilaporkan beberapa ribu rakyat Cina Singapura telah menyeberangi tambak untuk menghadiri perhimpunan ini, dan juga mereka yang terbang masuk ke KL dari luar negara. Semuanya semata-mata untuk menghadiri perhimpunan ini.

Walaubagaimanapun, kehadiran besar-besaran kaum Cina ini juga, telah menyebabkan satu kesan yang tidak terjangka - ianya telah menyebabkan perasaan tidak selesa kaum lain. Perasaan umum orang Melayu adalah adalah kaum Cina ingin mengambil alih kuasa politik orang Melayu dengan menggunakan Bersih sebagai proksi. Ini menyebabkan ramai orang Melayu mengenepikan sentimen mereka terhadap Najib dan bersama dengan beliau untuk melindungi kepentingan yang lebih besar.

DAP telah lama dituduh sebagai parti Cina yang rasis oleh UMNO/BN dan apa yang terjadi ketika Bersih 4.0 menguatkan lagi dakwaan ini. Benar atau tidak, kelakuan sesetengah peserta cina di Bersih 4.0 terhadap pemimpin melayu ditafsirkan sebagai satu penghinaan kepada kaum melayu dan kesalahan telah diletakkan pada strategik politik DAP yang agresif.

Ini tidak dibantu dengan mesej yang ditunjukkan di media sosial oleh penyokong Bersih kaum Cina yang memanggil Melayu sebagai pengecut, tidak patriotik dan mudah dipengaruhi supaya tidak menghadiri Bersih 4.0.

Satu lagi yang kalah adalah jawatankuasa penganjur, Bersih 2.0. Ramai orang telah mempersoalkan mereka berkenaan dengan objektif perhimpunan ini memandangkan ianya telah melencong dari prinsip asal mereka, iaitu memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan adil. Penambahan 3 lagi tuntutan jelas berbaur politik yang oportunis. 

Berdiam diri yang berterusan oleh Bersih selepas peristiwa pemilihan parti PKR dan DAP dan sokongan mereka terhadap ‘Langkah Kajang’ telah menyebabkan beberapa pengkritik mempersoalkan niat sebenar mereka. Penglibatan Bersih yang aktif di dalam hampir setiap perhimpunan anti kerajaan juga telah menimbulkan keraguan pada rakyat Malaysia berkenaan kebebasan NGO ini dan kecenderungan politik mereka.

Ramai rakyat Malaysia juga tidak bersetuju dengan pemilihan tarikh Bersih (serentak dengan Hari Kebangsaan) dan lokasinya. Kerelaan pemimpin Bersih untuk bekerjasama dengan individu seperti Dr Mahathir untuk keuntungan politik tidak diterima dengan baik oleh sesetengah kelompok rakyat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...