Kesian.. Din Merayu Raih Simpati Nak Jadi MB Di Hari Raya..

Aikk..
Belum ada apa-apa dah kempen nak jadi MB Johor?
Nak ucap raya ucaplah.. Tak perlulah sampai nak meraih simpati sampai macam tu bila PAS Kelantan dah tak memerlukannya lagi..
Rakyat Johor dah ada pemimpin yang dah lama berbakti untuk mereka.

Masalah air dibiarkan dan ditinggalkan di Kelantan begitu sahaja, ada hati nak menipu rakyat Johor untuk berbakti?

Robin Lim! Nama Baru Guan Eng!

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggelarkan Lim Guan Eng sebagai 'Robin Lim' berikutan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa mengambil tanah orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya.

Sikap ditunjukkan Guan Eng itu kata Musa jelas berbeza dengan Robin Hood kerana Robin Hood merompak harta orang kaya untuk diberikan kepada golongan miskin.

"Kita biasa dengar tentang Robin Hood yang merompak orang kaya dan beri kepada orang miskin.
"Tetapi pada zaman moden ini, ada Robin Lim yang mengambil tanah orang miskin (rakyat) lalu diberikan kepada orang kaya (pemaju swasta)," katanya.

Memang sesuai sangat dengan gelaran ini untuk Guan Eng. Penipu rakyat Pulau Pinang. Pandai bermain wayang dan tahap hipokrit Guan Eng teramatlah cukup tinggi. Guan Eng harus dinyahkan dari P.Pinang sebelum keadaan semakin menjadi tidak terkawal dengan rakyat kurang berkemampuan terus dizalimi olehnya.

Info A.S: Nilai sekalung pingat emas olimpik london mengikut negara di dunia.


Hudud: Sidang Media Mca Kedah Yang Terkini

SILA RUJUK ENTRY A.S SEBELUM INI.
APA SEBENARNYA YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH PEMIMPIN MCA INI?
KITA NANTIKAN ESOK HARI.

NAMUN YG PASTI PAS PARTI MUNAFIQ YANG MENJUAL AGAMA UTK KEPENTINGAN PARTI.
TIADA ISTILAH HUKUM HUDUD DALAM CITA-CITA PAS SEKARANG KERANA SEKARANG DAH NAK JADI NEGARA BERKEBAJIKAN KONONNYA.

PAS TERUS LEMAS DALAM DAKAPAN KETIAK KARPAL SINGH.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew akan membuat penjelasan berhubung kenyataan beliau dalam Sinar Harian, yang disiarkan hari ini, berkaitan dengan hukum hudud.

Sidang media khas bagi memperjelas kekeliruan yang timbul itu akan diadakan di pejabat MCA Alor Setar, esok.

Menurut kenyataan dikeluarkanoleh Bahagian MCA Alor Setar, sidang media itu dijadual berlangsung jam 11 pagi ekoran kenyataan Itt Chew, yang dilihat berbeza seperti dilaporkan Sinar Harian dan laporan sebuah portalberita.

Itt Chew gagal dihubungi bagi mendapatkan kenyataan susulan berhubung isu berkenaan.Hari ini, Sinar Harian melaporkan MCA Kedah menyokong hudud ekoran pelaksanaannya tidak melibatkan orang Islam, selain menyarankan agar Pas menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud.

Sebuah portal berita melaporkan, Itt Chew menafikan beliau membuat kenyataan seumpama itu dan menyifatkan ia telah disalah tafsir.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Pas Terkedu! Mca Kedah Sokong Hudud!

ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam."Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.

Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.

"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR.Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.

"MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat."Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.

Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam.Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR."Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya.

Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.6

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...