PAS mempermainkan Al Quran dan Umat Islam

Gambar Hiasan:Dada Karpal Yang berbulu mcm lalang tu ada "BULAN" - ujar Poknik


Juak-juak Pas sering melaung bahawa parti mereka mengikut Al-Quran sedangkan cara mereka laungkan itu dibuat dengan cara yang bongkak dan takbur. Ini kerana tujuan mereka laungkan perkara tersebut adalah untuk menidakkan keIslaman kumpulan Islam yang lain yang tidak sealiran kefahaman politik dengan mereka. Sikap takbur dan bongkak yang diamalkan oleh Ulama-ulama Pas sendiri adalah bertentangan dengan kehendak Islam malah amat disukai oleh syaitan.

Untuk menampakan mereka lebih Islam daripada yang tidak sealiran dengan mereka maka mereka sanggup memperalatkan ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran untuk mendapat keuntungan politik di kalangan para Ulama mereka dan pengikut-pengikut mereka terus terpedaya dan menerima bulat-bulat apabila ayat-ayat Allah dibaca didepan mereka tanpa mereka usul periksa kesahihannya. Mereka menterjemahkan ayat-ayat Allah sekerat-sekerat yang mana menguntungkan politik mereka manakala ayat yang sebenar yang tidak menguntungkan mereka telah mereka sembunyikan.

Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 79

“Maka celakalah padahnya kepada sesiapa saja mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka (ciptaan mereka sendiri) kemudian mereka berkata ini adalah dari sisi Allah untuk mendapat sedikit habuan, celakalah apa yang mereka tulis dan celaka pula segala usaha mereka”.

Manakala maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah : 159 pula

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknatinya”.

Justeru, marilah kita mengimbas kembali perkara-perkara yang menyeleweng yang dilakukan oleh Pas seperti di bawah.

1. 1959 – Salahguna ayat 15 surah Saba’ dalam manifesto Pas Kelantan dengan menulis 1/5 daripada seluruh ayat (hujungnya) sahaja dengan tidak ditulis semua dari pangkal ayat. Maksud ayat tersebut mengenai konsep syukur dan pembalasan Allah S.W.T ke atas umat yang kufur dengan nikmatNya langsung tidak diberitahu.

2. 1963 - Seleweng maksud ayat 28 surah aali-Imran dengan mengatakan “Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hokum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.

3. 1978 - Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah dengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapo mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?

4. 1980 - Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah dengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan risaklah muka bumi…”

5. 1981 - Haji Hadi Awang membawa hukum “Mati syahid kerana menentang UMNO/BN yang dituduhnya mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir”. Mahkamah syariah dituduh mahkamah THOGHUT, mahkamah iblis dan mahkamah firaun.

6. 1983 - Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.

7. 1985 - Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.

8. 1993 - Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian… nyata PAS bohong.

9. 1999 - Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterimakasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata “ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan. Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi.

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W:
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-prempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun. (Shahih Bukhari -23)

Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.

10. 2000 - Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.

11. Berpura-pura dengan Negara Islam iaitu setelah memerintah Terengganu, Haji hadi Awang berkata perlu masa lama. Sebab itulah ketika DAP menentang Negara Islam, Nik Abd. Aziz membuat pendirian bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam seterusnya bersedia menggurkan slogan Negara Islam. Dalam hal ini Pas sanggup bekerja sama dengan Parti Kafir yang secara terangan menolak Islam.

12. Menyelewengkan definasi konsep kerajaan sekular. Sekular dalam erti memisahkan agama dengan Politik sudah dijelaskan dalam buku kajian Ilmiah Dewab Ulamak Pas Pusat (September 1980). Namun buku tersebut telah ditarik balik selepas diedarkan di Kg. Raja tahun 1981 kerana tidak menguntungkan Pas. Berdasarkan buku tersebut pada muka surat 19 hingga 2, konsep memisahkan agama dengan politik ialah Ketua Negara berlainan agama. Yang demikian Kerajaan Malaysia tidak wujud system pemerintahan secular. Namun demikian konsep secular terus menerus diselewengkan oleh kerajaan Pas Terengganu bahkan menjadikannya sebagai teks ucapan khutbah Jumaat di seluruh negeri Terengganu ketika Pas memerintah.

13. Wang ehsan daripada Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu dihukum Haram (Harakah 22.01.2001). Apabila kerajaan Pas mengambil pemberian Kementerian Pendidikan kepada 3 institusi pendidikan Terengganu sebanyak RM40 juta dimasukan ke dalam akaun Khazanah kerajaan Negeri maka Pas menyatakan Hukumnya menjadi harus sahaja. Haram bagi Pas hanya untuk orang lain tetapi harus untuk dia. Hukum Allah diperlekehkan.

14. Penyelewengan akidah Pas berterusan apabila amalkan sembahyang 2 imam di dalam masjid dan waktu yang sama di Majsid Gong Pasir sekitar bulan Jun hingga Julai 1982.

15. Bank Islam dikatakan hanyalah kulit, tidak beerti bagi Islam tetapi telah memuji setelah menggunakan wang peruntukan dari bank tersebut.

16. Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Shanon Ahmad telah sanggup mengucapkan bahawa Allah juga mencarut. Beliau merujuk maksud surah al-Lahab sedangkan dalam ayat tersebut tiada pun bukti ayat mencarut. Beliau juga berkata masih terdapat banyak akat-ayat mencarut di dalam Al-Quran. Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari Ulama-Ulama terdahulu yang membolehkan sesame manusia mencarut? Kenapa isu ini ditimbulkan oleh N.ajis setelah Shanon mencarut dengan menyebut kemaluan ibu Dr. Mahathir di dalam buku karyanya.

Maksud Hadis Attirmidzi – Rs 2/545
Ibnu Mas’ud r.a Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu’min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.

H.R Bukhary-Muslim – 10
Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri. Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah: Adakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri.

17. Pas berakad dengan kafir yang menolak Islam (DAP).

Rujuk maksud surah Mumthahanah ayat 8 & 9.

Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

DAP telah jelas menolak Islam dan menolak Negara Islam. Pemimpin DAP mencabar sekiranya hendak laksanakan juga, langkah mayat mereka dulu. DAP adalah musuh Islam yang sangat nyata tetapi Pas sanggup bersengkokol dan berpelukan besama mereka.

Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mengadakan perjanjian bersetuju antaranya Tolenrasi akan kebesan beragama, HAK KETUANAN MELAYU dan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN MENJADI KEUTAMAAN DARI SEGALANYA.

DAP memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata perbuatan Pas bersengkokol dengan DAP adalah bertentangan dengan AL-Quran dan ajaran Islam.

Perkara-perkara di atas adalah sebahagian penyelewengan yang dilakukan oleh Ulama-Ulama Pas yang mana jika kita selidiki ianya telah merosakan sekurangnya sebahagian akidah orang yang terpengaruh dengannya dan ianya boleh dianggap sebagai Penjenayah Agama yang wajib kita perangi. Banyak lagi penyelewengan-penyelewengan agama yang telah dan akan dilakukan oleh Pas selagi ianya bertapak di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Jadi siapakah yang mengikut dan memelihara Al-Quran dan siapa pula sebenarnya yang menongkah Al-Quran

2 comments:

acc_tem said...

biasalah orang pas selalue nampak slah orang jerk tapie salah sendiri xnampak...bila kita xikut depa mulalah kata saper xikut depa masuk neraka...saper mereka nak tentukan saper yang dijanjikan syurga ke neraka???

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...