Hot! Malaysiakini, Malaysia Insider dll sememangnya ada agenda nak hancurkan Islam dan Melayu di Malaysia!


Kita apabila membaca dua portal pro pembangkang (Malaysiakini dan Malaysia Insider) harus mempunyai minda CSI sikit, kalau tidak kita akan cepat terpengaruh dgn cara tulisan yang banyak memanupulasikan isu-isu sensitif bagi melaga-lagakan org Melayu dgn kaum sebelah sinun dan agama Islam dgn agama org sebelah sinun. Dakyah halus portal berita yang harus kita titik beratkan akan memudaratkan kestabilan, kemakmukran, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yg telah kita nikmati selama 53 tahun.

Kalau Melayu Islam kuat maka perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku. Maka kembalikanlah kuasa Melayu Islam itu dalam PRU 13 nanti iaitu kepada UMNO bukan PAS PIS PUS. Kalau sokong PAS maka Melayu Islam sokong syaitan DAP, kalau sokong UMNO makna sokong BN yang sudah faham dgn peruntukkan Perlembagaan Malaysia.Tidak kafir lagi sebab PAS yang berkawan dgn syaitan adalah kafir yang paling di takuti oleh kita spt musang berbulu ayam....

TAK habis-habis portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider memanipulasikan isu sensitif berkaitan institusi Melayu dan agama Islam bagi mencetuskan suasana tidak harmoni di negara ini.

Kedua-dua portal propembangkang ini jelas sekali sengaja memperalatkan 'golongan Melayu liberal' yang bersedia diperkudakan mereka untuk membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati orang Melayu dan umat Islam.

Selama ini, mereka menuduh akhbar arus perdana bersifat perkauman, sedangkan hakikatnya, permainan secara halus portal terbabit yang memanipulasikan isu sensitif dengan alasan kebebasan media adalah lebih berbahaya dan boleh menghancurkan perpaduan di negara ini.

Perlakuan tidak bertanggungjawab itu jelas terserlah apabila Malaysiakini pada 12 Januari lalu menyiarkan berita yang ditulis wartawannya, Leven Woon yang mempersoalkan langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Selangor yang memperkenalkan garis panduan melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak.

Tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam, wartawan terbabit turut menemu bual seorang pekerja Melayu di bahagian pengurusan di sebuah pub di Sunway Pyramid, Subang Jaya.

Pekerja yang dikatakan bernama Johari mendakwa separuh daripada premis menjual arak akan ditutup jika MPSJ terus melaksanakan garis panduan itu sebagai syarat mengeluarkan lesen kerana sebahagian besar pekerja pub di Subang Jaya adalah orang Islam.

Wartawan berkenaan menulis, Johari yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang itu mempersoalkan kenapa hanya pub dan premis hiburan sahaja yang dikenakan larangan itu sedangkan garis panduan sama tidak dikenakan terhadap syarikat besar seperti Guinness Anchor Bhd. dan Carlsberg Brewery Malaysia Bhd. yang menggajikan pekerja Islam.

Selain itu, Johari juga dikatakan mempersoalkan kenapa pramugara dan pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang lebih banyak menuang arak kepada penumpang tidak dikenakan larangan sama.

Bagi menghangatkan lagi isu berkenaan, portal terbabit pada keesokkan harinya telah mendapatkan reaksi daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu yang kemudiannya mengarahkan MPSJ menarik balik garis panduan berkenaan dengan alasan ia tidak praktikal dan menyukarkan umat Islam mendapat pekerjaan lain.

Tindakan Ronnie daripada DAP itu kemudiannya menimbulkan polemik apabila pimpinan kerajaan Selangor memberikan kenyataan saling bercanggah termasuk salah seorang Exco, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang bersetuju dengan tindakan MPSJ itu bagi mengekang kegiatan maksiat di kalangan umat Islam.

Tidak cukup dengan perbuatan itu, Malaysiakini sekali lagi menunjukkan sikap tidak sensitif dan profesional apabila menyiarkan komen pembaca mengenai isu itu tanpa tapisan.

Antaranya komen daripada seorang lelaki bernama Shanker yang mencabar MPSJ menyediakan pekerjaan baru dengan gaji RM6,000 sebulan terhadap seorang pekerja Islam di sebuah pub yang dikenalinya yang didakwa mendapat gaji sebanyak itu.

Manakala seorang lagi pembaca yang hanya menggelar dirinya sebagai 'non muslim' pula menulis: ''Kalau tak ada awek Melayu kerja (di pub), tak best la."

Aneh sekali, kerana semua pandangan pembaca berkenaan menyokong agenda berat sebelah Malaysiakini, sedangkan kita difahamkan banyak individu yang turut menghantar komen menyokong langkah MPSJ berkenaan tidak pula disiarkan.

Dalam pada itu, The Malaysian Insider pula memanipulasikan isu seorang peguam yang menetap di Pantai Hill Park yang mempersoalkan laungan azan terlalu kuat dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur yang didakwa mengganggu tidurnya.

Tindakan peguam itu menyebabkan kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan masjid berkenaan Jumaat lalu bagi menyatakan bantahan mereka.

Agenda tersembunyi portal terbabit bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati umat Islam terhadap salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) amat jelas apabila ia memperbesar-besarkan isu bahawa pengadu adalah ahli seumur hidup MCA.

Portal terbabit juga turut mendapatkan komen Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha dan pemimpin Pergerakan Pemuda parti itu dengan niat supaya mereka mengesahkan peguam terbabit memang benar-benar ahli MCA seperti didakwa penduduk.

Tidak cukup dengan itu, portal terbabit turut menyiarkan artikel yang membuat spekulasi bahawa peguam berkenaan berasal dari Negeri Sembilan, pernah berkhidmat dengan bekas Presiden parti itu dan merupakan salah seorang pemimpin Pergerakan Pemuda MCA.

Agenda untuk melaga-lagakan umat Islam semakin terserlah apabila portal berkenaan turut menyiarkan kenyataan Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang menuduh UMNO bukanlah parti yang mampu membela Islam kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponen BN.

Sebenarnya isu larangan bekerja di premis menjual arak dan laungan azan hanya sebahagian daripada rentetan isu yang sengaja dibangkitkan oleh portal berkenaan bagi memecahbelahkan rakyat.

Kita masih ingat lagi perlakuan portal terbabit yang sebelum ini turut ligat memainkan isu seorang jurutera Islam yang membuat pengakuan dalam YouTube bahawa dia merupakan seorang yang mengamalkan hubungan seks sejenis atau gay.

Ancaman bunuh yang didakwa diterima pemuda itu sengaja diperbesar-besarkan dengan beberapa artikel bagi memperlekehkan orang Islam termasuk mendakwa dia diserang semata-mata kerana bersikap jujur.

Sudah terang lagi bersuluh. Kedua-dua portal terbabit memang mempunyai agenda terselindung dan tidak pernah ikhlas dalam memperjuangkan isu melibatkan orang Melayu dan umat Islam.

Kita tertanya-tanya kenapa pihak berkuasa membiarkan portal yang memecahbelahkan perpaduan di negara ini khususnya di kalangan orang Melayu terus membuat apa sahaja yang mereka suka.

Sudah sampai masanya kita mencontohi negara yang lebih maju seperti Singapura yang tidak berkompromi dengan portal seperti ini.

Baru-baru ini republik itu mengumumkan rancangan mengenakan sekatan ke atas laman web berita popular dan liberal, The Online Citizen yang dilihat sebagai satu cubaan untuk menghalangnya daripada menjadi platform politik pada pilihan raya umum republik itu yang dijadual tahun ini.

Antara sekatan yang dicadangkan adalah dengan menghalang laman web berita itu daripada menyokong mana-mana parti politik atau calon dalam pilihan raya tempatan dan ia turut diharamkan menerima sebarang bantuan dan sumbangan dari luar negara.

Sekatan lain adalah The Online Citizen perlu menyenaraikan identiti pemiliknya, pasukan pengarang dan pentadbir.

Ia juga perlu melantik seorang presiden, bendahari dan setiausaha yang akan bertanggungjawab menyediakan dan memberi laporan tepat mengenai sumbangan yang diterima untuk laman web tersebut.

Jika kerajaan PAP Singapura amat menjaga kredibiliti politik negara itu dan tidak mahu media memutarbelitkan isu, kenapa kita tidak boleh mengambil langkah sama. Malaysia Boleh.

1 comment:

Bahtera Merdeka said...

Salam perjuangan,
Mohon link ke blog tuan.
T kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...