Nik Aziz Main Konar Tak Jawab Dakwaan Tun M!

Respon Nik Aziz terhadap bidasan Tun Dr Mahathir Mohamad padanya semalam dengan senang saja Nik Aziz mengelat, Nik Aziz harap Tun M dapat hidayah Allah dalam meneruskan kehidupan serta berhenti daripada terus mengkritiknya.

Nik Aziz perlu jawab la dakwaan Tun M tu terlebih dahulu. Jangan bagi jawapan orang macam pemalas! Nafikanlah dengan beri dalil-dalil mengapa PAS halal bekerjasama dengan DAP sekarang padahal dulu tidak! Sebelum doakan orang dapat hidayah, Nik Aziz sendiri pun perlu doa dirinya diberikan hidayah dari terus menyesatkan umat Islam dengan melempaarkan pelbagai tuduhan buruk terhadap UMNO!

Banyak cantik muka Nik Aziz, kalau dia mengkritik, memperlekehkan orang semuanya halal, bila kena cuit sikit, teus menggelupur tegur jangan kritik dia! Aduhaii.. kesian tengok pok nik.. Sudah-sudahla poknik, bawa-bawa la berehat! Berikut disertakan stetmen Nik Aziz dalam laman facebooknya.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di akhbar semalam (kelmarin), cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah,”

Tun M dalam tulisan di blognya mendakwa, tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta PKR.

Tun M juga kata, Nik Aziz juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Menurut Tun M lagi, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan bagi menjayakan perjuangannya

6 comments:

Anonymous said...

nik aziz mmg tak pandai jawab sbb dia hanya pandai cerca orang lain saja..dan dia sebenarnya bukan jenis manusia cerdik..

Anonymous said...

moga nik ajis dapat banyak hidayah supaya banyak lg berhala 4 tingkat dibina diserambi mekah.

dzimba said...

ulamak politk bro... berbelit belit untuk undi

Anonymous said...

ana yakin pok nik tak berapa faham apa yag Tun tulis. dia bukan tahu semua tu kerana audien dia pun mereka yg melalak di kedai2 kopi shj. pok nik mampukah nak fikir hal2 akademik begitu?

mas

Anonymous said...

Sebenarnya Nik Aziz ni tak faham apa yang di huraikan oleh Tun . Sekolah arab lah katakan...Tapi pasal tidak hendak mengaku kalah dia hentam saja benda yang serupa..

Anonymous said...

orang tua munafik jangan dilayan.

3 orang yang masih hidup didunia yang paling aku benci sekarang ialah..
1.anwar ibrahim.
2.nik ajis.
3.perdana menteri israel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...