Tak Lama Lagi PAS Akan Umum Tinggalkan Pakatan Haram

Setelah sekian lama disepak, dipijak dan ditunjal-tunjal kepala oleh DAP dan PKR, akhirnya terdengar juga rungutan dari dalam PAS sendiri yang mendesak agar hubungan PAS dengan kedua-dua parti itu diputuskan saja.

Namun, desakan tersebut bukan kerana PAS tidak sanggup lagi menjadi pencacai atau anjing DAP dan PKR dan bukan juga kerana tidak mahu terheret ke dalam dosa skandal Anwar Ibrahim tetapi kerana takut hilang sokongan dalam Pilihanraya. Pendekata, desakan untuk meninggalkan PR berlaku bukan kerana maruah atau kerana Allah, tetapi kerana politik semata-mata.

Menyedari yang skandal video seks Anwar Ibrahim telah menjejaskan sokongan rakyat terhadap mereka, maka Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali telah membayangkan yang parti tersebut akan memutuskan soal hubungan dengan PR selepas siasatan video seks selesai.

Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu penulis bahawa ada di kalangan PAS yang tidak puas hati dengan tindakan pemimpin-pemimpin tertentu yang berusaha untuk terus membela Anwar walaupun ternyata Anwar terlibat dalam video seks tersebut mengikut siasatan pakar luar negara yang menggunakan biometrik.

Menurut sumber tersebut lagi perkara ini akan dibawa ke Muktamar PAS yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Jun. Dikatakan beberapa perwakilan dari beberapa kawasan akan mengemukakan usul tergempar supaya PAS menamatkan saja hubungannya dengan PKR dan DAP.

Tekanan ke arah ini semakin menebal kerana terbukti prestasi PAS semakin merosot dalam pilihanraya-pilihanraya yang berlangsung akhir-akhir ini. Kebimbangan dari dalam PAS juga semakin memuncak andainya Anwar didapati bersalah dalam kes liwatnya.

Muktamar PAS dijangka hangat, sehangat isu-isu skandal pemimpin-pemimpin PR juga. Ini kerana selain Anwar dan PKR, skandal rasuah DAP juga semakin menyerlah melalui kes Teoh Beng Hock.

Dengan itu, jika PAS terus bekerjasama dengan kedua-dua parti ini, kemungkinan besar PAS akan terjerumus sama dan rakyat tidak lagi akan mempercayai mereka.

Bagi penulis, PAS tidak seharusnya bergabung dengan PKR dan DAP sejak dari mula lagi. Telah dikatakan yang ‘perkahwinan’ poligami ini tidak akan berjaya akibat ideologi yang terlalu berbeza. Kegagalan pemimpin PAS memahaminya sejak dari mula membuktikan yang PAS sememangnya tidak punya kredibiliti dan tidak layak langsung untuk memimpin negara.
-Malaysia Instinct-

1 comment:

Anonymous said...

Sudah le, sekali Assmin sergah,abih teloq Hadi dan Nik Ajis masuk kedalam.
Berapa banyak Nuar sudah bagi sama dia orang tu.......jgn main2 nooooo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...