Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.
Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini. Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.
Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan. Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.
Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.
Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam. Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.
“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM
AS: Ini hukuman merapu sudah! Tiada dalam ajaran Islam orang yang belum berkahwin dihukum rejam sebegitu dan diatas kesalahan begitu. Cara pengendalian mayat dengan ditinggalkan sahaja seminggu tanpa diuruskan?
7 comments:
Salam bro,
Hukuman rejam bukan hukuman merapu, mintak tlg tarik statement tu. Hukum Tuhan tu. Jgn main2. Kalau kita taknak buat sekalipun, jgn pertikai hukum tu.
Mmg org yg jalankan hukuman ini x boleh suka2 hati nak laksanakan undang2 ditangan sendiri. Ini hanya boleh dilaksanakan pemerintah. Ni dah kira dosa besar bunuh orang dah ni. Tu yg tuhan suruh pemerintah yg laksanakan, bila org ramai nak bertindak dgn tangan sendiri, emosi yg menguasai. Patut kena sebat je, x pasal2 kena rejam...
Sdr Aidil, aku tak kata pun hukuman rejam dalam hudud tu sesuatu yg merapu..
apa yg aku cakapkan pelaksana dan kaedah penghakiman sudah terang-terang tak ikut lunas hukum Islam yang sebenarnya..
aku pun tau hukum Tuhan bro dan benda-benda ni aku pun takut nak memain..
Bro jgn jd mcm puak hamPAS yg merasakan Islam depa la yg paling hebat.. hukum hudud Klate dan Ganu berbeza satu sama lain.. Bro tau tak?
Yang kita tau hukum rejam adalah berzina bagi yg sudah berkahwin dan sebat masih yg bujang..
betul.. bagi yg belum berkahwin bukannya dihukum rejam smp mati...
sepatutnya disebat di khlalyak ramai.
ini satu pembunuhan. kaedah hukuman yg diturunkan Allah adalah yg sebaik2nya tapi cara pelaksaan itu salah. sepatutnya pemerintah yg melaksanakan hukuman, bukannya kita suka2 jatuhkan hukuman. inilah akibatnya jika taksub tak bertempat!!
rejam itu suma hukuman bg zina
tapi bagaimana pula hukuman bg yg kes-kes spt dosa sebegini?
iaitu berpakaian seksi dan menayangkan tubuh badan kpd org lain?
any idea?
mungkin sebat saja. correct me if i"m wrong..
DAH NAK MAMPUS AGAKNYA ORANG YANG BUAT KERJA INI.GILA BABI LAKNAT BETUL..MALUKAN ORG ISLAM SEDUNIA. BODOH BODOH BODOH...
ORANG BELUM KAHWIN LAKUKAN ZINA REJAM SAMPAI MATI.YANG BELUM KAHWIN SEBAT 100 KALI.IF IM NOT WRONG.YANG LAIN2 TANYA ANUAR IBRAHIM...DIA PANDAI.
ini contoh kes taksub membuta tuli lah tu...main ikut perasaan dan nafsu amarah yg meluap-luap...tak ada rujuk-rujuk dah...menganggap tindakan sendiri lah yg betul...sob sob sob
Post a Comment