BAB KERABAT DIRAJA KITA TOLAK KE TEPI TERLEBIH DAHULU.
DISINI AS NAK TONJOLKAN SIKAP KEMANUSIAAN, SIKAP KASIH SAYANG SESAMA INSAN & KASIH ANAK DENGAN SEORANG IBU!
ADAKAH NILAI RM2 JUTA TERLALU BERHARGA MELEBIHI IBUNYA BAGI SEORANG ANAK?
ADAKAH DAH TERLALU HIDUP SUSAH & MEREMPAT SAMPAI PERLU MEMOHON UNTUK IBU SENDIRI DIPENJARAKAN?
AS RASA SAYU DAN SEBAK BILA MEMBACA CERITA MACAM INI. AS HARAP DAPATLAH DIBAWA BERBINCANG SECARA BAIK MASALAH INI DAN CUBA CARI JALAN PENYELESAIAN TERBAIK. SEMOGA SI ANAK INSAF DAN DAPAT KEMBALI KE PANGKAL JALAN. BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.
Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.
Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lepas dan permohonan itu sepatutnya didengar pada Selasa di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.
Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.
Pada 8 Jun lepas, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.
Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.
Bagaimanapun, beliau mendakwa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.
Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd.
2 comments:
Kadang benda mcm nie la yang menyusahkan kita.. org melayu duk sokong dan pertahan kesultanan melayu... segelintir kerabat diraja nie saja mencari masalah... menyusahkan masyarakat melayu... perkara kecik macam nie pun nk bawak ke mahkamah.. berbincang la anak beranak.... susah sgt ker...
astargfirullahalazim,..masyaallah,..tak tau nak kata ape dh,..inilah dia manusia di akhir zaman bro,..moga2 diberi petunjuk dri Allah SWT pada anak yg lebih teruk dri sitanggang ni,..brtuan kan duit semata2,..apo nak dikato,..cedey2,..(,")
Post a Comment