Amik Habuan. Rm20,000 Terus! Hangpa Berani?

PENGGUNA jalan raya yang didapati mengubah suai nombor plat kenderaan bagi mengelak daripada disaman kamera AES boleh didenda sehingga RM20,000.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengingatkan pengguna jalan raya supaya jangan cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengubah suai nombor plat atau berdepan hukuman berat.

Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang cuba mengelak daripada dikesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah dengan mengubah suai nombor plat kenderaan boleh didakwa di bawah Seksyen 108 (3A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ negeri selepas taklimat AES di sini semalam.

A.S KATA, NAK LARI SAMAN AES RM300 PUNYA PASAI, SEKALI KENA RM20,000. SIA-SIA SAJA! CARA YANG MUDAH, PATUHI SAJALAH UNDANG-UNDANG JALAN RAYA.
INSYAALLAH. ANDA SELAMAT.

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Anonymous said...

cara yang paling senang cari plastik/kertas kemudian lekat kat no plate, jadi kalau kena tahan cakap je, ohhh plastik/kertas terbang dan melekat masa saya memandu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...