Polis Raja Di Malaysia?? Staff RTM Ditamatkan Perkhidmatan!!



Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.

 Sambil berkata, RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat. "Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam.

Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu. Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.-SH

6 comments:

profit said...

Jangan pula ambil tindakan keatas ikan bilis.Buang ketua jabatan tu,beliau bertanggung jawab keatas jabatan beliau.

Anonymous said...

Kesilapan staff itu hanya tertukar perkataan 'DI' yang seharusnya berada di depan perkataan 'RAJA', kepada di belakang 'RAJA'.

Saya nampak kesilapan itu telah tersalah ertikan sehingga dikatakan membawa maksud tertentu. Tiadapun kesalahan ejaan yang saya dapati.

Susun perkataannya pun betul. barangkali staff itu baru masuk bekerja di RTM atau tidak sebenar2nya mengenal jabatan PDRM di negara ini.

Lesung Besi said...

Kenapa nak gantung indivudu tu sahaja. kan lebih bagus gantung semua yang involve dalam penyiaran siaran tu untuk siasatan lanjut.. Siapa yang meluluskan logo itu patut dipersalahkan...

Mohon link tuan :
http://lesungbesi.blogspot.com/

Anonymous said...

pecat editor la patutnye. ni lg satu hal, main buang senang2 org. klu die saman balik x ke naye. duit rakyat jugak keluar byr saman klu salah.

Anonymous said...

Akauntabiliti!!!

Semua di RTM ketika mana berita itu disiarkan patut diambil tindakan bersama sewajarnya. Mereka tidak membuat "homework"/"run through" bahan yang hendak disiarkan. Sesuka hati aje masuk studio dan "on air". Memalukan organisasi sendiri, apatah lagi PDRM - pasukan keselamatan negara kita.

adijamsari said...

Mustahil tersilap...ini adalah sabotaj...Jika nak kan headletter/logo sesuatu organisasi biasanya kena minta dari organisasi tersebut..Yang original sudah pasti tiada kesilapan..Kes ini pasti ada individu orang dalam yang edit gambar logo tersebut..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...