GST : Malaysiakini Fitnah Tun Mahathir


(Dipetik dari blog MYKMU.net)
http://www.mykmu.net/2015/03/malaysiakini-fitnah-tun-mahathir/

Dakwaan Malaysiakini.com bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dibatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau bakal kehilangan kerajaan adalah tidak tepat dan menyeleweng dari maksud asal.

Tajuk “Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir” yang dipaparkan oleh Malaysiakini merupakan satu kenyataan “mislead”. Ia memberi gambara Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem cukai yang dipakai di 160 buah negara seluruh dunia pada masa kini.

Apa yang berlaku ialah Tun Mahathir hanya menyatakan bahawa ia bergantung kepada rakyat, jika mereka merasakan cukai sedia ada agak membebankan, rakyat boleh memberi tahu kerajaan agar jangan mengenakan cukai lain lagi. Jika kerajaan masih mengenakan cukai lain lagi, rakyat boleh menukarkan”

Ini bermakna Tun Mahathir memahami realiti bahawa GST perlu dilaksanakan.

Beliau hanya berkata jika rakyat tidak berpuas hati dengan sistem cukai yang agak menekan mereka, rakyat boleh memberitahu kerajaan bahawa jangan mengenakan cukai lain lagi. Jika kenakan cukai lain lagi kami tidak akan mengundi anda lagi.”

Langsung tidak ada dalam kenyataan Tun Mahathir bahawa rakyat tidak akan mengundi Barisan Nasional jika kerajaan terus melaksanakan GST.

Malah, seperti pandangan Mahathir agar tidak dikenakan cukai berlebihan kepada rakyat, kerajaan telah pun mengumumkan pengurangan beberapa cukai lain bagi mengimbangi pengenalan sistem GST ini.

Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Okotober 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengecualian cukai pendapatan keluarga dengan pendapatan RM4,000 ke bawah. Ini membabitkan Ini bermakna hampir 300,999 pembayar cukai.

Dalam Bajet 2015 juga struktur cukai pendapatan individu telah disusun semula bagi meringankan beban cukai ke atas rakyat.

Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum pula dikurangkan sebanyak 2 % daripada 28 % kepada 26%.

Sementara itu, cukai syarikat pula turut dikurangkan sebanyak 1% kepada 24%.

Bagi syarikat kecil dan sederhana pula dikurangkan daripada 20% kepada 19% berkuatkuasa tahun taksiran 2016.

Manakala cukai koperasi melalui tahun taksiran 2015, juga akan dikurangkan sebanyak 1%.

2 comments:

Anonymous said...

X kan wartawan Malaysia kini ni x faham apa kata Tun Mahathir? Sekolah darjah berapa? Tahunya cuma nak spin dan fitnah je.

Anonymous said...

apabila Arwah Nik Aziz cakap yang Tun Mahathir tolak islam, abis sume fitnah ckp Nik Aziz ckp Tun kafir..sedangkan dia xcakap pun camtu..yang tang tu xspin plak ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...