Mahathir mudah lupa.

Mahathir lupa akan pepatah Inggeris: Kamu boleh menipu seseorarig dalam semua masa. Kamu boleh menipu semua orang dalam suatu masa. Tapi kamu tidak boleh menipu semua orang dalam semua masa.
Dia lupa zaman kuku besinya telah tamat. Dia tidak sedar bahawa akhbar di zaman sekarang lebih bebas. Ahli-ahli politik pembangkang tidak lagi dirantai. Adakah Mahathir lupa?

Mahathir mungkin terlupa kisah lamanya ketika mengatakan Najib terlalu tunduk kepada Singapura dan Amerika. Setiap kali Mahathir ulang pekara sama pasti ada yang memberi tepukan, jadi tidak hairanlah jika bersin pun ada yang sorak asalkan dari Mahathir.

Tidak kesemua rakyat pada masa Mahathir menjadi PM tahu kisah di sebalik pertemuan beliau dengan presiden Amerika George Bush pada masa itu. Media sosial tidak berkembang seperti sekarang malah internet juga tidak wujud di kampung-kampung.

Kisah Mahathir bersalaman degan Bush pada 2002 rakyat desa hanya tahu melalui penceramah politik bukan pro BN, sedangkan hal itu bukan pekara rahsia,namun keterbatasan maklumat tidak semua rakyat tahu. Mahathir menggunakan pelobi bernama Jack Abramoff. Abramoff adalah yahudi Orthodox dan penyokong kuat Isreal.

Abramoff telah mengatur perjumpaan itu melalui penasihat George Bush iaitu Karl Rove dan akhirnya Mahathir mendapat peluang bertemu Bush pada Mei 2002 dan pertemuan itu diadakan di ''Ovel office'', White House.

Ketika itu heboh rakyat bercerita dengan berbagai persepsi tetapi tidak sehebat sekarang hanya berputar dan hilang dalam sekelip mata kerana medium media sosial belum pun sehebat sekarang. Pada Februari 2006, Mahathir mendedahkan dia membayar $1.2 million kepada pelobi Israel di USA bagi tujuan bertemu Bush. Bukan kah duit yang dibayar tu juga duit rakyat?

Namun rakyat dibayangi bahawa Mahathir adalah pemimpin utama anti Israel dan seolah-olah dia juga musuh Bush yang suka membuli pemimpin negara Islam dan Dunia Ketiga. Mahathir telah menyelar Bush, USA, dan Israel di pentas dan forum antarabangsa. Ketika itu rakyat begitu bangga dengannya malah melihat beliau adalah satu-satunya pemimpin beragama Islam yang berani membela pemimpin-pemimpin yang dibuli oleh ketua polis dunia bernama Bush.

Mahathir lupa yang rakyat masih ingat beliau membenarkan pasukan kriket Israel datang menyertai pertandingan di Malaysia. Rakyat menuntut supaya menolak kehadiran pasukan Israel. Mahathir hanya pekakkan telinganya. Akhbar pula tidak membuat liputan sebagaimana berita-berita lain. Mahathir cuba menyorok berita itu dari rakyat.

Tidak puas hati dengan kedegilan Mahathir sekumpulan rakyat yang diketuai PAS telah berdemostrasi. Oleh kerana ISA adalah taring pembanteras semasa Mahathir sebagai PM, beberapa pemimpin aktivis PAS ditangkap.

Berkait dengan demonstrasi bantah pasukan kriket Israel, bapa saudara Hishamudin Rais bernama Jalaludin turut ditahan. Walaupun Mahathir merayu melutut sehingga menggunakan pelobi untuk bertemu presiden Amerika, sesedap mulut pula dia mengatakan Najib tunduk pada Singapura dan negara yang dia pernah guna pelobi untuk bertemu presidennya.

Ungkapan "Melayu Mudah Lupa" sebenarnya sudah lama bertampal di atas batang hidungnya sendiri.

11 comments:

Anonymous said...

Salam,

Apa motif tulisan ini?

Apa kesan kepada agama, bangsa dan negara drpd tindakan Tun itu?

Anonymous said...

salam, dah mula dah nak hapuskan legasi mahathir perang ke 4 dah on, buang masa saja kau orang ni kan lebeh baik suruh najib cari 42 b itu mungkin dia salah letak cuba cari di dapur rumah rosmah kot kot terjumpa.

Anon said...

Aduh......baru sorang.lebih baik pakai jack ntah apa2 dr kena picit telur dgn presiden america

Anonymous said...

Mereka bincang fasal 1MDB kot.
Itu yang dikorek tu.

Anonymous said...

Ini Anak Seberang mana, Indon ke atau anak Temberang. Macam tak caye je,

Anonymous said...

Ini anak luar nikah najib bro...rosmah jumpa dan didik betoi2..Tu sbb dia melawan..

izad12 said...

Tahun 2001 Utusan Malaysia telah menyiarkan pertemuan Mahathir dan Bush di Shanghai ketika sidang APEC.

Kedua2 mereka berjabat tangan.Ini disiarkan oleh Utusan Malaysia.Pertemuan di Oval Office adalah susulan pertemuan dan perbincangan di sidang APEC.

Pertemuan di Washington DC juga dilaporkan TV3 secara terbuka.

Atau kamu masih lagi budak2 sehingga tidak tahu bahawa pertemuan ini bukan rahsia?

Atau mungkin juga kamu sudah nyanyuk?

Anonymous said...

ANUWAR KESAYANGAN PENCACAI PKR JUGA KESAYANGAN AMERIKA. PKR PARTI DAJAL MELAYU.

Anonymous said...

Mahathir SUDAH GILA!!!!!!!

Anonymous said...

Oooohhhh maksudnya x boleh jumpa bush la.....tapi apa masalah nak jumpa pun?

Anonymous said...

Habis siapa cakap najib tunduk pd amerika sbb jumpa presiden amerika? Hadoi... 2x5 je... Mesia dari dulu amal dasar pro amerika itupun tak tahu ke? Asal ada perang mesti kita join sbg sekutu amerika. Dibayar pulak tu smpai sorang beribu ribu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...