Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Lelaki Dihukum Sebatan Sebanyak 2080 Kali Kerana Merogol. (pic)


SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.

Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.

Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

Himpunan Gambar Cikgu-Cikgu Wanita Yang Bersalah Kerana Skandal Seks Bersama Anak Murid


Lisa Glide - didapati bersalah mengadakan
seks 2 kali dengan muridnya yang berumur 17
tahun sedangkan muridnya mengaku dia
sendiri yang menggoda gurunya itu.


Tericka Dye - berhenti dari guru setelah pelajar mengetahui
bahawa dia merupakan bekas pelakon porno

Melissa Petro - Berhenti jadi guru setelah sekolah mengetahui
dia merupakan bekas pelacur. Segelanya terdedah bila dia
menulis dalam majalah online mengkritik pengguguran
iklan dewasa.



Debra Lafave - Bersalah kerana seks dengan
palajarnya yang berumur 14 tahun. Dia yang
baru berkahwin terjebak dengan hubungan
intim bersama pelajar amat menghairankan
orang ramai


Carrie McCandless - Bersalah kerana berhubungan seks
dengan pelajar sekolah menengah.

Heather LYnne Zeo - Guru matematik yang didapati bersalah
melakukan seks dengan pelajarnya di belakang minivan

Pamela Rogers Turner - Bersalah kerana seks
dengan pelajarnya yang berumur 13 tahun

Mary Kay Letourneau - Didapati bersalah mengadakan hubungan
seks dengan murunya sejak dia berumur 12 tahun. Dia di tuduh
bersalah merogol kanak-kanak lelaki


Mary Kay Letourneau - Bersama dengan suaminya yang
dituduh dirogolnya ketika berumur 14 tahun sehingga
melahirkan anak. Mereka akhirnya berkahwin

Sandra Beth Geisel - Bekas guru bahasa yang didapati bersalah
mengadakan hubungan seks 2 kali dengan pelajarnya yang
berumur 16 tahun. Ada pendapat mengatakan dia yang sebenarnya
menjadi mangsa

Amber Jennings - Bersalah kerana berhubungan seks dengan
pelajar berumur 16 tahun

Amy Victoria Beck - Dihukum penjara 2 tahun kerana
melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang
berumur 14 tahun

Lelaki maut terjatuh dari kondominium bukan Pegawai Imigresen!

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen hari ini menjelaskan bahawa lelaki yang ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Kondominium Magnaville, Selayang, semalam bukan lagi petugas jabatan itu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata berdasarkan rekod perkhidmatan, mangsa bukan lagi kakitangan di jabatan berkenaan sejak 10 Mei lepas.

"Subjek (mangsa) bukan lagi penjawat awam atau kakitangan di Jabatan Imigresen Malaysia kerana subjek telah diambil tindakan disiplin iaitu buang kerja berkuat kuasa 10 Mei 2011 di atas kesalahan tidak hadir bekerja," kata beliau dalam kenyataan di sini.

Laporan akhbar menyebut seorang pegawai imigresen di Pusat Bandar Damansara di ibu negara, maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Selayang.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, mangsa Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dipercayai cuba keluar melalui tingkap rumahnya untuk ke laluan tangga berdekatan sebelum tergelincir dan terjatuh di lantai tingkat dua kondominium berkenaan.

Mangsa berbuat demikian kerana dikatakan enggan berjumpa tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berhubung siasatan satu kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- Bernama

A.S:Puak pemfitnah tegar pakatan haram sudahpun buat spekulasi murahan dan tuduhan bukan-bukan kepada arwah. bawak-bawak bertaubatlah..

Video Pukul Pelatih Jururawat Cetus Kemarahan Pengguna Internet (Video)

Apa yang AS tau, pompuan tu kena pukul dipercayai sebab dia ada hubungan dengan lelaki lain. Apapun AS nak kata, laki tu bacui sebab berani dengan pompuan saja!


Penyiaran imej seorang lelaki yang menampar, menumbuk dan menyepak dua pelajar kejururawatan dalam sebuah klip video berusia setahun yang muncul semula dalam tempoh 48 jam lalu menimbulkan kemarahan pengguna Internet.

Klip video itu turut menunjukkan lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berulang kali menakut-nakutkan mangsa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil di tempat letak kereta awam.

Video bertajuk 'Malaysian Heroes' itu turut disebarkan dalam laman sosial Facebook.

Serangan itu kelihatan disasarkan kepada salah seorang pelajar wanita itu tetapi rakannya turut ditampar beberapa kali apabila dia cuba menyelamatkan mangsa sepanjang video selama enam minit tersebut.

Punca serangan itu masih belum diketahui.

Mangsa kelihatan meminta maaf kepada lelaki tersebut dalam keadaan menggigil ketakutan dan mengakui kesal dengan kesilapannya.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menyuruh mangsa melutut dan meminta maaf.

Pelajar wanita itu terjatuh dalam posisi mencangkung sebelum lelaki tersebut menampar dan menendangnya semula.

Di awalan klip video itu, lelaki tersebut mengancam untuk melanggar mangsa dengan keretanya.

Kedengaran suara yang tidak jelas dipercayai datangnya dari mereka yang lalu lalang, mendesak lelaki tersebut supaya meninggalkan mangsa tetapi ianya tidak diendahkan.

Lelaki itu dipercayai ditemani kira-kira dua rakannya.

Salah seorang daripadanya merakam serangan itu manakala seorang lagi kelihatan meletakkan mukanya di leher mangsa.

Salah seorang daripada mereka turut berkata; Masuk ke dalam kereta dan saya akan periksa sama ada dia masih dara."

Klip video itu dihantar dibawah nama pengguna 'youhavebeenhacked88' yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara kelahirannya.

Sehingga lewat malam Rabu, klip video itu merekodkan 42,546 tontonan di laman sosial, You Tube.

Beberapa pegawai dari sebuah kolej kejururawatan dan sains kesihatan mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa merupakan pelajarnya.

"Kolej tersebut membuat laporan polis berhubung insiden itu dan menasihatkan kedua-dua pelajar itu untuk mengambil tindakan serupa. Namun, mereka memberitahu ia hanyalah berkaitan masalah peribadi," kata pegawai itu.

Ahli belia Parti Sosialis Malaysia, S. Nagentran berkata empat ahlinya telah membuat laporan polis di balai polis daerah Sungai Siput selepas menonton video itu di Facebook pada tahun lalu.

"Sejak itu, kami tidak mendengar sebarang perkembangan mengenai kes itu," katanya yang percaya insiden itu berlaku di Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput (OCPD), Superintenden Azman Salim dan OCPD Sabak Bernam, Mushar Mohamad Noor tidak dapat mengesahkan laporan itu ketika dihubungi.

5 Kes Simbah Cat Merah Di kedah, Sapa Punya Angkara?


Di KEdah semalam kecoh kerana berlakunya 5 kes simbah cat merah terhadap kediaman dan kenderaan pemimpin PAS di Kedah.

Antara yang menjadi mangsa ialah kediaman Menteri Besar Kedah, Rumah dan kenderaan Ahli Parlimen PAS Pendang dan Setiausaha PAS kawasan Alor Setar.

Di P.Pinang juga tempohariberlaku kes sedemikian rupa dimana rumah MP Bukit Mertajan dan Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap juga telah disimbah cat tetapi berwarna merah.

AS amat yakin para penyokong UMNO/BN yang waras tak akan melakukan kerja-kerja bodoh sebegini. Bagi AS ia hanya membuang masa sahaja dan langsung tak 'gentleman'.

Nak tuduh penyokong pakatan juga ada KEMUNGKINAN dimana mereka cuba untuk mensabotaj dengan cuba memberi gambaran bahawa UMNO seolah-olah terdesak untuk mengugut pemimpin hamPAS supaya tidak menyertai Bershit. Namun AS yakin rakyat yang bijak tak akan menuduh ini kerja UMNO.

Kemungkinan terakhir ialah wujudnya puak-puak pengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana yang mutakhir ini nampak tegang. Puak-puak pelampau ini lah yang AS yakin ianya wujud yang perlu pihak berkuasa ambil perhatian.

Golongan inilah yang menjadi batu api untuk melagakan-lagakan hubungan sesama kaum atau pun antara kaum. Tidak mustahil ia datang dari golongan subversif yang mempunyai niat jahat untuk menggangu-gugat keamanan negara Malaysia. Pihak PDRM tolong ambil perhatian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...