Showing posts with label kita. Show all posts
Showing posts with label kita. Show all posts

Zaid Bercita Tinggi! KITA Bakal jadi parti pemerintah.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan meletakkan ramai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia mahu menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau seperti yang dilabel oleh pihak tertentu, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim .

Sambil berkata Kita merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat kerana ia memperjuangkan kesejahteraan insan di negara ini, beliau berkata parti itu tetap dengan hasrat untuk menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau mahupun pemecah undi. "Kita bermatlamat menjadi parti pemerintah dan bukannya parti untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Sebab itu kita mahu meletakkan calon sebanyak mungkin di kawasan yang difikirkan sesuai bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti," katanya baru-baru ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik di Sabah dan Kedah yang menyifatkan Kita sebagai parti pengacau apabila berhasrat bertanding banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang. "Kita bukan parti main-main atau parti untuk memecah undi rakyat. Malah parti ini memberi peluang rakyat buat pilihan, sebab itu kita mahu bertanding di semua kawasan yang mampu dan difikirkan sesuai dan sekaligus menjadi parti pemerintah.

"Kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya parti Kita sebagai parti pecah undi tak betul. Kami mahu Kita menjadi parti alternatif yang memacu tranformasi rakyat ke arah parti pemerintah dan parti pilihan rakyat sebenar," kata Zaid. Beliau berkata ini kerana pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sudah tidak mampu menjadi parti alternatif untuk rakyat kerana punyai agenda serta prinsip perjuangan berbeza.

Zaid Berdengung! Pecat Pemimpin KITA Dengan SMS Saja!

Ramai dari CWC, Jawatan Kerja Pusat Parti KITA merasa tidak puas hati dengan tindakan Presiden nya Zaid Ibrahim yg menggantung dan memecat ahli jawatan kuasa parti dengan alas an yg tidak kukuh, kata Mohd Zahrein Zakariah yg juga ahli Jawatan Kuasa Parti itu.

Beliau juga berkata akan mengadakan satu mesyuarat agung luarbiasa bagi mendesak presiden parti KITA supaya meletak jawatan kerana sudah banyak melanggar prinsip pertubuhan parti itu.

Datuk Zahid Ibrahim telah menggantung keahlian Mohamad Firdaus bersabit mempertikaikan belanjawan opreasi parti itu. Manakala beliau memecat Abdul Latif kerana kegagalan nya untuk memberi password laman KITA kepada presiden.

Turut dipecat ialah bendahari Rashid Azad Khan, dan dikatakan kerana alasan yg kurang kukuh serta cara memecat dan menggantung keahlian dengan tanpa surat rasmi hanya dengan melalui khidmat pesana ringkas, SMS saja.
- Bernama

Zaid Minta Serah Video Seks Kepada Karpal!


Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, perlu menyerahkan salinan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada kepimpinan pembangkang yang lain termasuk Presiden DAP Karpal Singh.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Karpal Singh dan sekutunya perlu menonton video berkenaan bagi mendapatkan testimoni yang konsisten berhubung perlakuan sumbang pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.

"Kita juga mahu tahu apakah tindakan susulan Karpal (Singh) dan sekutunya selepas menonton video tersebut...adakah dia sebagai peguam Anwar akan tetap mempertahankan Anwar atau sebaliknya jika terbukti Anwar terlibat.

"Dari situ kita boleh menilai tahap moral pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang sebelum ini lantang mengkritik perlakuan sumbang pihak lain yang kononnya terlibat dalam perlakuan tidak bermoral," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kepimpinan pembangkang juga perlu menerima keputusan jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan pita rakaman seksual tersebut. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...