Showing posts with label prk merlimau. Show all posts
Showing posts with label prk merlimau. Show all posts

Dah Kalah Sudahlah. Tak Payah Kalut Nak Pantau Roslan!

DUN Merlimau: Saya akan pantau Roslan, kata calon PAS
Walaupun tewas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, namun calon PAS Yuhaizat Abdullah tidak sedih mahupun kecewa, sebaliknya berjanji akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan segala janji ditaburkan Barisan Nasional (BN) ditunai.Yuhaizat tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

Beliau mendapat 2,319 manakala Roslan memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.“Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan,” kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

“Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Adly Zahari berkata banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS di Merlimau dan satu “bedah siasat” akan diadakan bagi mencari punca-punca pihaknya kalah.

“Kita akan buat analisis, setakat ini kita masih belum tahu apa punca tapi banyak faktor yang menyebabkan kita kalah.

“Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS,” katanya.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Merlimau menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut dan agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat BN itu.

Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.
AS MUDAH SAJA, DAH KALAH TU TERIMA LAH QADA' DAN QADAR KETENTUAN ILAHI. BERMUHASABAHLA DIRI TU. DS ALI RUSTAM DAH ADA UNTUK PANTAU PRESTASI DAN JANJI-JANJI YB ROSLAN.
HANG YUHAIZAT TAK PAYAH DUK BUAT KALUT!

Sohihh.. Kedudukan Liga PRK Sekarang Adalah 8-8

credit to Amin Mohd

PAKATAN REBAH TERUS MENERIMA KEKALAHAN KO DALAM LIGA PRK 2008 - 2011

Pakatan Haram tidak boleh mendabik dada lagi seperti sebelum ini dimana kononnya
rakyat terus memilih mereka dalam siri PRK selepas PRU12. nah, lihatlah sendiri!
Fakta telah menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN kembali bersinar..

Analisa Peningkatan Undi BN Di PRK DUN Kerdau dan Merlimau

DUN Kerdau

2008 majoriti : 1615 undi
2011 majoriti : 3560 undi

Peningkatan : 220%


DUN Merlimau

2008 majoriti : 2154 undi
2011 majoriti : 3623 undi

Peningkatan : 168%

Diharap BN mampu kekalkan momentum ini dalam PRU yang bakal menjelang.
InsyaAllah..

Terkini Keputusan PRK Merlimau dan kerdau Dari Ibrahim Katop

Terkini

Merlimau BN 5916/PAS 2309 rosak 86 majoriti 3607

Kerdau BN 4793/PAS 1008

Kemenangan Hampir Pasti
Majoriti kedua-duanya meningkat
Alhamdulillah..

Siapa Menang di Merlimau Esok Akan Pegang Rekod


ADUN baru Merlimau dijangka angkat sumpah Isnin ini: Speaker DUN Melaka

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau yang akan dipilih pada pilihan raya kecil kawasan itu esok, dijangka mengangkat sumpah Isnin ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Muhamad berkata, upacara angkat sumpah itu dijangka diadakan sebelum perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka Ke-12 pada 10 pagi hari tersebut.

"Notis untuk persidangan DUN telah diserahkan kepada semua ADUN kira-kira sebulan lalu," katanya kepada pemberita di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Merlimau di sini, hari ini.

Othman berkata, beliau akan menyerahkan notis mengangkat sumpah dan menghadiri persidangan DUN kepada Adun baru Merlimau selepas menerima surat keputusan rasmi pilihan raya kecil itu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau menjangkakan surat keputusan rasmi itu akan diterimanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu malam esok dan menurutnya majlis angkat sumpah itu adalah yang terpantas dalam sejarah DUN Melaka
-Sinar Harian

Adakah Kedudukan Liga PRK Akan menjadi 8-8?

credit to Amin Mohd

ADAKAH PAKATAN REBAH TERUS MENERIMA KEKALAH KO DALAM LIGA PRK 2008 - 2011?

Perlawanan Liga PRK akan berlangsung pada 6 Mac 2011 dijangka bermula jam 8.00 hingga 5.00 petang. Perlawanan di antara pasukan BN melawan PAS di padang DUN Kerdau akan diadakan serentak dengan pasukan BN melawan PAS di Padang DUN Merlimau.

Melihat dari situasi sekarang pasukan PAS kelihatan agak berpeluh-peluh dan pemain-pemainnya mengalami sakit-sakit seluruh badan kerana ubat fitnah yang digunakan tidak mujarab. Disamping itu juga pasukan PAS merasa amat cemas akibat kekalahan berturut-turut sebelum ini di padang DUN Galas dan DUN Tenang.
Sama-sama kita saksikan perlawanan pada 6 Mac 2011

Alangkah indahnya sekiranya ini merupakan titik permulaan


Seandainya ini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kita, alangkah bahagianya kita Rakyat Malaysia. Ingatlah saudara-saudaraku, baik di dalam BN maupun di dalam PAS, kematian itu pasti, dunia hanya sementara dan tidak kekal.
Siapa kata ukhwah Islamiah tidak boleh disatukan antara PAS dan UMNO atas nama Melayu dan Islam.?

AS rasa mereka ini kedua dua memang ikhlas, memang rasa membantu itu ada walaupun mereka berbeza politik.Melayu dan islam susah untuk dipisahkan. Yang memisahkan fahaman politik sahaja, maka kedua dua belah pihak kiranya untuk bersatu kerana islam dan melayu ..masing masing kenalah memberi kefahaman kepada satu sama lain mengenai perjuangan mereka

Beza Cikgu Merlimau Dengan Cikgu Tenang

MUNGKIN ia berlaku secara kebetulan. Sedar tak sedar kedua-dua calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Merlimau dan Tenang, Johor pada 30 Januari lalu memiliki pasangan yang masing-masing bertugas sebagai pendidik atau guru.

Di Merlimau, Yuhaizad Mohamad, 38, suri hidupnya ialah Shakila Mohamad, 38, manakala di Tenang calon PAS iaitu Normala Sudirman, 38, yang mendirikan rumah tangga dengan Maarof Abd. Mutalib.

PRK DUN Tenang diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha akibat kencing manis dan keracunan dalam darah sementara Merlimau selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Normala atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Mala, sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan DUN dalam Parlimen Labis itu yang berakhir pada malam 30 Januari lalu, bukan beliau sahaja popular sebagai calon tetapi juga Makrof, malah satu ketika beliau lebih popular daripada isterinya.

Beliau begitu mencuri perhatian kerana sentiasa dilihat setia menemani isterinya sepanjang berkempen tak kira siang dan malam sehingga menimbulkan persoalan, tak bekerjakah beliau, sedangkan hari-hari yang dilalui bukan musim cuti sekolah.
Bagaimanapun segalanya terbongkar apabila media arus perdana mendedahkan bahawa Maarof mengambil cuti sakit selama 21 hari. Ia menjadi kontroversi dan polemik mengenainya dijadikan bahan kempen oleh Barisan Nasional (BN) bahawa Maarof tidak sepatutnya berbuat demikian seperti yang dilaporkan di dalam sebuah blog, http://marahku.blogspot.com.

Blog tersebut mendakwa Maarof cuti sakit, tetapi pada masa yang sama dilihat bersama isterinya pada majlis-majlis dan kempen yang dijalankan oleh calon Pas itu.
Dan mungkin akibat kontroversi tersebut sedikit sebanyak menyumbang kemenangan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti lebih besar iaitu 3,707 undi berbanding 2,492 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Mac 2008 selepas mendapat 6,699 undi, sedangkan Cikgu Mala hanya memperoleh 2,992 undi.

Di Merlimau, Shakila yang juga seorang guru, tetapi dek mungkin belajar dari kisah di Tenang maka beliau jarang dilihat bersama suaminya berkempen di seluruh kawasan N.27 lebih-lebih lagi musim cuti sekolah hanya akan bermula pada 12 Mac ini.

Sejak disahkan sebagai calon, Yuhaizad lebih banyak bergerak secara solo dibantu jentera pilihan raya PAS selain pemimpin-pemimpin pusat parti pembangkang itu. Tiada kelibat Shakila. Atas kesedaran mahu mengelakkan isteri Yuhaizad menjadi sasaran kempen parti lawan, maka adalah lebih baik Shakila tidak keluar berkempen secara terang-terangan bersama suaminya memandangkan beliau seorang kakitangan Kementerian pelajaran dan menetap di kuaters guru.

Pastinya, Shakila sedang menjalankan tugasnya mendidik anak bangsa di ssalah sebuah sekolah kebangsaan di Kampung Chinchin. Itulah yang sebaiknya bagi beliau. Tugas adalah lebih utama berbanding keperluan politik walaupun suaminya calon PAS.

Ketika ditanya pemberita mengenai situasi itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan sikap profesionalnya dengan berkata: "Bagi saya tinggal di kauters guru milik kerajaan itu bukan masalah, selagi beliau (Shakila) tidak melanggar tata tertib. Tetapi jika tiada kebenaran bercuti maka tindakan boleh diambil namun tidak pada masa sibuk dengan pilihan raya ini."

Namun beliau yang juga Menteri Pelajaran secara sinis berpendapat, Shakila kurang berterima kasih dengan kerajaan ekoran tindakannya bersama-sama pembangkang walaupun disediakan kemudahan berdasarkan kelayakannya-BH Online

Pemuda PAS Sendiri Yang Koyak Gambar Nuar dan LKS di Merlimau?

Dikhabarkan Pemuda Pas sendiri yang mengoyak gambar Anwar dan Lim Kit Siang di hadapan Markas Pas Alsolihin..??? Kenapa ya..? Adakah Pemuda PAS malu 2 orang godfather mereka itu bersama-sama dalam satu kain pemidang?

PAS sendiri nampaknya dah sedar selagi mereka bersama dua malaun penghancur agama dan bangsa itu, undi dari orang melayu akan lari lagi jauh dari mereka. Namun semuanya sudah terlewat, koyak pi la semua poster DAP dan PKR sekalipun, PAS tetap dicop keldai kepada DAP dan budak suruhan kepada PKR.. So Pity!

pic dari SDB

Video PAS Makan Pasir Di Merlimau



Terima Kasih Sdr Azhar atas video ini.
Dari video ini dapat kita lihat bahawa orang India majoritinya telah menolak PAS. Ramai orang telah sedar bahawa PAS adalah semata-mata parti retorik sahaja. Sehinggakan keluarlah kalam dari seorang pengundi ini bahawa jika harap PAS maka makan pasir la jawabnya. Ayuh pengundi merlimau dan kerdau, tolaklah PAS, parti yang tiada hala tuju dan tidak konsisten ini!

Lepas Suami Cikgu Mala MC 21 hari, Isteri Yuhaizat pula MC 10 hari?



Calun PAS, Yuhaizad menetap di kuarters guru Jasin rupanya. Agaknya sudah tentu isteri Yuhaizad seorang guru atau kakitangan kerajaan pusat. Adakah kedengaran nanti peristiwa pasangan calon ambil MC 21 hari sekali lagi bagi berkempen dalam pilihanraya?

Hari-hari penyokong dan pemimpin PAS menyalak kerajaan zalim. Kalau zalim, buat apa lah kerajaan perabih duit berbilion-bilion ringgit wang nak bagi Yuhaizat dan keluarga menumpang berteduh dari panas dan hujan!

pic dari Aziza Abdullah

Alahai.. Calon PAS di Merlimau,Yuhaizad Berdiploma Tasawuf yang Bekerja Pengurus Projek di MMU


Pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Biodata lain beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) danPengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.-haprakdaily

Gempaq! Gambar Melayu Biol Yang Sibuk Pasang Bendera DAP Sedangkan Yang Akan Bertanding Di Merlimau Ialah PAS!


Gambar yang diambil dipersimpangan lampu isyarat di Merlimau bila kita lihat amat memualkan ada lelaki Melayu yang sedang sibuk membantu cina komunis memasang bendera DAP.Kalau nak diikutkan yang akan bertanding disitu ialah parti Pas tetapi amat menyedihkan ada melayu DAP penghianat agama, bangsa dan negara ni sibuk pasang bendera parti yang tak berkenaan dalam PRK Merlimau ini.
Aduhai.. Malang sekali..

credit to SDB for this pic

Siapakah 'Zaini' yang disebutkan oleh LGE Musibat? Mari kita bongkar!

Siapakah Zaini? Nama ini yang disebut oleh LGE musibat dalam buletin awani sebentar tadi berkenaan komen LGE terhadap peluang pakatan haram dalam PRK Merlimau. Zaini adalah antara 'calon-calon' shortlisted yang akan membawa panji PAS dalam PRK Merlimau.

Cara dia cakap macam ada sesuatu yang tak kena dengan Zaini ni.
Ayat LGE musibat macam ni lebih kurang, "Kalau PAS letak calon nama Zaini, haiya! 80% BN akan menang woo". Adakah mereka berdua pernah ada 'kenangan' bersama semasa LGE di Melaka sebelum LGE mai merempat ke PP?

LGE dari awal meletakkan PAS seolah-olah akan kalah dalam PRK Dun Merlimau yang akan diadakan.
Apapun dari percakapan LGE ni dapat disimpulkan bahawa LGE secara terang-terangan memperlekehkan kemampuan PAS dan seolah-olah langsung tak beri harapan pada PAS untuk buat kejutan.
Beginilah nasib lobai malang PAS,sanggup mengkudakan diri untuk menjadi hamba DAP sedangkan DAP sebagai tuannya tak heran dan tak yakin pun dengan kemampuan kudanya itu.

PAS, harap sedaqlah diri tu, DAP hanya nak pergunakan anda saja untuk menghancurkan Umat Islam dan Melayu di bumi bertuah ini.

Hot! Pakatan Haram Mungkin Tak bertanding Di PRK DUN Merlimau Sebab Kecut Teloq!


Nampaknya BN boleh tersenyum lebaq seandainya benar berita ini bahawa PAS tak mau bertanding dalam PRK Merlimau tak lama lagi.Menurut sumber AS difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu keerana mereka sedar mereka amat sukar untuk menang dan hanya membazirkan sahaja dana pilihanraya mereka sahaja.
Ayat puak hampas yang pengecut ni kata depa perlu memilih pertarungan, depa tak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kos PRK adalah tinggi dan ini masa untuk depa fokus pada pilihan raya umum yang akan datang sahaja.

Jangan lupa! PAS pernah amik keputusan untuk tidak bertanding pada PRK DUN Batu Talam di Pahang suatu masa dulu dimana hanya calon bebas yang lawan BN. Masa di Talam depa bagi alasan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan untuk tak bertanding. Kali ni apa pulak alasan puak hamPAS ni seandainya berita ini benar!

Pimpinan Pusat ramai yang tak berminat untuk bertanding tapi yang beria-ia sebenaqnya ialah PAS peringkat negeri dan Jasin yang kononnya semangat buleh menang katanya. Apapun kita tunggu mesyuarat pakatan haram dan biro politik PAS yang akan diadakan dalam masa terdekat ni.

Pimpinan PAS berkata parti itu perlu membuat keputusan itu sebelum memujuk rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat mengambil langkah yang sama dengan tak bertanding.

Kalu PAS tak mau bertanding, Samsul AMK pun senyum lebaq la pasai mamat ni yang beria-ia sangat nak jadi calon dan over konpiden boleh menang. Tapi takpa, dengan sapa pun UMNO akan lawan. Kita akan dapat tengok pakatan haram akan ada krisis dalaman yang lebih buruk jika PKR bertanding.

Nampaknya perhitungan politk pakatan haram yang cacamerba akan diterjemahkan dalam PRK Dun Merlimau ini.

Gambar-Gambar Yang Mampu membuatkan Pakatan Haram Kecut Perut

Nampaknya Jentera Penerangan BN tampak bersungguh-sungguh untk bekerja bagi mengekalkan kerusi DUN Merlimau. Tahniah kepada Dato' Ahmad Maslan yang mengetuai jentera ini.Majlis Pelancaran Jentera Penerangan BN PRK N27 Dun Merlimau ini telah diadakan semalam bertempat di SRJK(C)Jasin Lalang,Air Merbau. Hampir 1000 orang penduduk tempatan (bukan orang luar macam ceramah PR ye!) telah menghadiri majlis ini.

AS harapkan momentum perjuangan ini dapat diteruskan sehinggalah PRK ini berlangsung dan moga BN dapat menang di sini dengan majority lebih lagi dari PRU 12 yang lalu, InsyaAllah..

Datuk Ahmad Maslan memberi suntikan semangat
Dato' Harun Idris juga menyampaikan ucapan
Kesemua Pemimpin Parti Komponen Tempatan Yang turut hadir

Antar Penduduk dan jentera penerangan tempatan Yang hadir
credit to my fren, Irwan di Melaka atas gambar-gambar ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...