Hangpa kenai tak keempat-empat pemimpin ni?Kalau tak kenai hangpa tengok la nama-nama kat tepi tuu.
gambar ni diambil masa depa ni muda-muda dan masih hensem. Tapi ni gambaq lama la ni depa dah mati.Mereka adalah pemimpin-pemimpin yang memimpin negara islam.Tetapi semuanya telah mati dibunuh..
Adakah keempat-empat pemimpin tinggi ini seorag wira islam?Bagi orang membenci mereka ini menganggap mereka ini bukalnah seorang pemimpin untuk kebaikan islam tetapi seorang pemimpin yang menghacurkan islam sendiri..
Apapun mereka ini tetap seorang pemimpin dan tetap mempunyai jasa yang baik kepada rakyat....
Jika sebelum ini Azli Taleban pernah menimbulkan kontroversi berikutan kenyataannya yang melabelkan Mufti Perak makan duit hasil judi dan hasil jual babi, kali ini satu lagi kontroversi terbaru dicetuskan oleh Azli Taleban iaitu menyifatkan "SEMBELIHAN ORANG UMNO TIDAK SAH DAN SAMA SEPERTI SEMBELIHAN ORANG KAFIR DENGAN ALASAN TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD".
Hmm memang dasar Islam yang dibawa oleh Azli Taleban hanya Islam berasaskan nafsu bukan Islam syumul yang digariskan Islam sebenar. Kenyataan ini memang panas dan telah mengundang reaksi kurang senang dikalangan orang bukan Islam khususnya di Negeri Perak.
Yang pelik, kenyataan ini hanya dikeluarkan ketika berceramah dihadapan 99% orang Melayu di Bukit Gantang pada 25 Okt yang lalu. Jika di kawasan majoriti Cina dan India khususnya di Ipoh Barat penyangak agama ni tidak pula berbuat demikian. Kenapa?? Tida perlu perjelas lanjut kerana anda semua tentu sedia maklum bahawa ungkapa sedemikan akan memberi kesan kepada sokongan pengundi Cina dan India kepada parti PAS.
Bagi Azli Taleban orang-orang UMNO sama diibaratkan seperti orang kafir manakala ahli dan pemimpin PAS serta yang menyokong parti mereka sahaja Islam. Itu kata dia, tetapi pandangan saya pula mungkin berbeza kerana Azli Taleban sebenarnya bukannya Islam tetapi 'DAJJAL' yang menjadi perosak kepada agama Islam yang suci bertopengkan serban dan janggut panjang semata-mata.-antijumud
Satu kebetulan yang unik pada Ghadaffi.......... Dilahirkan pada 1942 dan memerintah selama 42 tahun....... Rampasan kuasa pada 1969 dan mati dalam usia 69 tahun......... Menumbangkan pemerintah sebelumnya dgn revolusi dan dia mati dibunuh oleh rakyatnya dgn revolusi.......
MISRATA - Sebuah video amatir yang diduga menunjukkan prosesi shalat jenazah Moammar Khadafy, Mutassim Khadafy, serta Abu Bakar Younis beredar. Video itu tampaknya diambil menggunakan ponsel. Di dalamnya terlihat tiga peti kayu sederhana yang berisi tiga jenazah yang sudah berkafan. Televisi Dubai Al Alaan mengklaim video itu sebagai upacara menjelang Khadafy dimakamkan yang dilakukan di dekat Misrata. Dalam video itu tampak empat orang yang menyalatkan jenazah, salah satunya diyakini adalah Khaled Tantoush, ustaz pribadi Khadafy yang ditangkap bersamanya pekan lalu.
Juga dua sepupu Khadafy, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim.Selama shalat berlangsung, sejumlah orang hanya menyaksikan upacara itu, termasuk seseorang berpakaian militer. Salah seorang di antaranya mengabadikan peristiwa itu dengan kamera video profesional. Video itu berhenti setelah shalat jenazah selesai dilaksanakan. Tidak jelas apa yang terjadi setelah itu.
Namun dalam laporan-laporan sebelumnya, ketiga jenazah itu kemudian dibawa ke sebuah lokasi yang dirahasiakan di gurun. Bahkan semua yang ikut memakamkan mantan pemimpin Libya itu, termasuk dua pejabat Dewan Transisi Nasional, disumpah di bawah Al Quran untuk merahasiakan lokasi itu.
Pihak NTC beralasan kerahasiaan itu diperlukan agar makam Khadafy tidak dikeramatkan para pendukung setianya ataupun dirusak orang-orang yang membencinya./kompas
Dalam tiga program Majlis Ijtimak Al-Huffaz peringkat negeri Pulau Pinang yang dianjurkan seperti yang dapat dilihat di banner di atas, salah satu program iaitu program iaitu Forum “ Generasi Al-Huffaz Pemangkin Ummah” seorang Ustaz yang kurang disenangi oleh penyokong PAS telah dijemput sebagai ahli Panel.
Beliau adalah Al-Fazil Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, Ahli PAS Perak..
Salah satu dari dua usul yang telah diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak yang telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011 ialah Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS.
Ini kerana beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.
Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.
Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.
Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.
Itu adalah usul dan sebabnya kenapa Ustaz Kazim Alias perlu dipecat dari PAS Perak.
Dan antara sebab utama selain dari apa yang dicacatkan diatas, aku diberitahu Ustaz Kazim juga telah mengkritik Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dengan keras dalam satu ceramahnya..
Malangnya biarpun beliau telah diusulkan untuk di pecat keahliannya dari PAS Perak, beliau akan dijemput pula sebagai Ahli Panel untuk Forum yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang EXCOnya dari PKR sendiri..
Tidakkah EXCO dari PKR itu sedar akan tindakan menjemput Ustaz Kazim itu akan menyebabkan rasa kurang senang dari Ahli-Ahli PAS terutamanya PAS Perak dan juga Ahli PAS Pulau Pinang sendiri?
Memang majlis tersebut bukanlah satu majlis berbentuk politik tetapi bolehkah pemimpin-pemimpin dan juga Ahli-ahli PKR pulau Pinang menerima kehadiran Zulkiflee Noordin dalam satu majlis yang dianjurkan oleh PAS?
Pasti Pemimpin dan Ahli PKR akan berasa kurang senang dengan kehadirannya.. begitulah apa yang dirasa oleh Pimpinan dan Ahli PAS Pulau Pinang dengan kehadiran Ustaz Kazim dalam Majlis ini.
Mungkin PKR lebih hebat dalam penguasaan kerusi DUN dinegeri Pulau Pinang ini, tapi dalam merasakan kita hebat kita juga perlu sedar kita menguasai kebanyakkan kerusi DUN itu adalah hasil kerjasama dengan PAS dan juga DAP dalam Pakatan Rakyat.
Jadi bila kita sudah menang hasil dari kerjasama tersebut, sewajarnyalah kita juga belajar menghormati apa pandangan dan perasaan sahabat yang berjuang bersama kita dalam Pakatan Rakyat biarpun mereka hanya menguasai satu kerusi DUN.
Apa susah sangatkah untuk belajar menghormati suara minoriti?
Mungkin juga Ustaz Kazim dijemput bagi membuktikan bahawa EXCO Agama dari PKR itu adalah proffesional dalam menjalankan tugas.. beliau menjemput sesiapa sahaja biarpun jelas bahawa yang dijemput itu adalah musuh kepada Pakatan Rakyat sendiri..
Atau mungkin juga hanya Ustaz Kazzim seorang yang diketahuinya sebagai Al Hafiz yang layak menjadi ahli panel forum tersebut.. kerana beliau terlalu sibuk untuk mengambil tahu siapa itu Ustaz Kazzim…
Buat EXCO tersebut.. menjemput itu adalah hak anda.. membatalkan jemputan juga adalah hak anda tapi perlu juga disedari jemputan itu menimbulkan keresahan dan untuk menghilangkan keresahan itu ianya juga ditangan anda..
A.S bawakan luahan blogger pro pakatan iaitu anaksungaiderhaka yang kecewa dengan keputusan pimpinan kerajaan negeri yang menjemput Ustaz Kazim sebagai seorang panel dalam majlis ijtimak yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang dilihat meminggirkan pas dalam hal ini.
A.S pasti, puak-puak hampas lepas ni pakat 'melompat' la bila ahli panel(Ustaz Kazim) yang mereka 'takuti' disebabkan kelantangan beliau yang bercakap secara benar dan berfakta selalu 'terkena' pada pas. Pas sentiasa dibayangi dosa-dosa sendiri yang mereka lakukan.
Video dibawah contoh yang membuatkan Pok Nik dan pencacainya pedih telinga dan makan hati dengan Ustaz Kazim.