Khairy Timbalan Menteri, Ahmad Maslan Menteri, Menteri Amaran Kena Tukaq Portfolio ???




Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.


Haprak Daily

Ini pertama kali AS mengambil HaprakDaily sebagai sumber informasi. Walaupun begitu, kita perlu juga kadangkala mengambil maklumat dari pihak lawan untuk bertempur di medan perang. Baca boleh percaya jangann..

Apapun AS mengharapkan kepada kebijaksanaan TokJib dalam membuat keputusan. Jika benar rombakan kabinet akan dilakukan, pilihlah calon-calon yang benar-benar berwibawa dan bebas dari sebarang skandal yang boleh menjejaskan imej dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.

Bab KJ tu, NO KOMENN....TOK JIB LEBIH BIJAK MENILAINYA

5 comments:

dzimba said...

kalau KJ dilantik..sampan BN akan goyang la pulak..Saya confirm cabut lari, orang lain tak tahu la. Anyway jgn risau dengan saya kerana saya ada satu undi je.

Anonymous said...

si azalina tu apa hal plak nak mask balik? byk scandal lah..si kj?? jgn nak perjudikan nasib UMNO dgn mangkuk ni!

Wanredone said...

DS Najib, saya setuju semua dino UMNO dimusiumkan untuk tontonan ramai. Setuju benar kalau rombakan dibuat sebelum pru13 ini. Apa kata banyakkan lagi jumlah menteri-menteri PENUH dari SARAWAK dan SABAH menganggotai kabinet DS Najib. Alasannya: DS sendiri akui BN Sarawak & Sabah adalah fix asset BN nasional.... Dalam PRU12, DS selamat dalam kedudukan sekarang kerana sokongan PADU BN Sarawak & Sabah.... kalau tidak mungkin ikut belakang TDT (Tun Dol Tidur)UMNO bukan tak kuat, tapi terlalu ramai DINO-DINO UMNO yang gemuk dalam gerabak KTM semasa PRU12, menyebabkan gerabak KTM tergelincir dari landasan. Anu WAR tak kuat, yang menguatkan Anu War ini ialah JELLYnya.... Dia pasang JELLY sana-sini, melicinkan lagi propaganda PKR untuk mengantikan TDT. Orang percaya, Kawasan orang Melayu di JELLYkan oleh PAS, semuanya licin membolehkan mereka masuk syurga kerana undi PAS. Kawasan Cina diJELLYkan oleh DAP, kerana isu ketuanan Melayu, Orang India dilicinkan dengan JELLY oleh Handraf, kononnya mereka terpinggir dalam arus pembangunan dan digenoside oleh kuasa melayu! Fikir-fikirlah DS, muatkan lagi dino-dino UMNO dalam gerabak KTM, sekali lagi pasti akan tergelincir. Anu War akan ketawa BESAR BESAR BESAR BESAR........

Anonymous said...

memang sial lah kalo si babi kj masuk kabinet... celako...celako... haram jadah

Salam semua said...

Salam semua…

Kerajaan perlu berhati-hati melalui gerakan politik halus dari PAS ini. Mereka sebenarnya sudah kehabisan idea untuk memburukkan kerajaan. Kejayaan BN merampas balik DUN Galas sebagai bukti PAS tidak mampu menandingi BN dalam isu-isu semasa. Mereka sebenarnya sengaja mengadakan desas-desus rombakan kabinet yang entah dari mana sumberpun kita sendiripun tidak tahu.

Andaian-andaian mereka seolah-olah perangkap yang sengaja dipasang supaya kerajaan bertindak balas secepat mungkin dan akhirnya memudahkan kerja-kerja mereka nanti.

Taktik mereka sebenarnya ingin mencari kelemahan kementerian yang terlibat di dalam rombakan menteri jika ada. Sudah semestinya bila ada pertukaran, ianya memerlukan masa lama bagi menteri yang terlibat samada yang dinaikkan pangkat, ditukarkan hatta ada yang sampai digugurkan kembali kepada posisi terbaik mereka.

Tambahan pula jika menteri-menteri yang terlibat itu merupakan orang-orang penting di dalam komponen BN, maka fokus untuk memantapkan jentera parti dari peringkat atas hinggalah ke bawah sedikit sebanyak akan terganggu.

Keadaan ini akan merugikan kerajaan dari segi masa dan percaturan strategi politik. Sebaliknya suasana sebegini merupakan peluang terbaik bagi mereka mencipta isu-isu ke arah menonjolkan kelemahan kerajaan. Sejarah yang lepas-lepas telah banyak mengajar kita bahawa mereka (pembangkang) akan sengaja mereka cipta fitnah ke arah menteri-menteri yang baru dilantik, ditukar atau yang digugurkan semata-mata untuk menagih sokongan orang ramai.

Tambahan pula PRU13 yang semakin hampir, rombakan kabinet rasanya tidak perlu dilakukan sekarang.

Apa yang diperhatikan, menteri-menteri kabinet yang berada di dalam kerajaan sekarang sudah dikira mantap kecualilah pimpinan UMNO negeri serta komponen BN yang lain di peringkat bawahan (akar umbi di tiap-tiap negeri).
Penjelajahan atau balik turun padang di antara DS Najib dan timbalannya seperti yang hebohkan sekarang, rasanya boleh membantu dalam mencari pemimpin-pemimpin bawahan yang boleh buat kerja serta disenangi rakyat jelata.

P/S- Presiden MIC dan MCA bagaimana pula? Takkan tak mahu join sama...

Sekian.

http://salamsemua2010.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...