Spekulasi telah bertiup kencang kononnya bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib.
Kini, sebuah organisasi yang dipanggil PENAWAR mewakili bekas ahli UMNO di Parlimen telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan. Apa beza Penawar dan MUBARAK?
Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002.
Dakwaan pembangkang kononnya PENAWAR ini mewakili kira-kira 50 orang bekas ahli parlimen dan majoritinya adalah dari era pentadbiran Tun Mahathir.
Aziz ketika dihubungi enggan mengulas perkara tersebut dan mereka akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok. Sama-sama kita nantikan hasilnya. Aziz bersama ahli Penawar didakwa tak berpuas hati dengan kepimpinan DS Najib yang kononnya gagal untuk membela melayu secara total disamping banyak memberi muka kepada bukan melayu walaupun hasilnya kaum cina terutamanya makin menjauhi UMNO/BN.
Menurut sumber, di kalangan mereka yang hadir pada mesyuarat itu adalah saudara Muhyiddin, Aziz Yassin, bekas belia dan sukan menteri Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba.
Tapi yang menjadi persoalan, mengapa mereka tak senaraikan sahaja 50 orang bekas ahli parlimen itu? Kalau takde 50, sekurang-kurangnya 30 pun takpa.
Bagi AS, ini hanya tuduhan liar spekulasi dan propaganda murahan dari puak pakatan haram untuk melagakan PM & TPM kita demi untuk melihat UMNO menjadi lemah dan berbalah sesama sendiri. Sikap mengadu domba dan batu api memang sudah sebati dengan amalan mereka.
Sekali lagi AS cabar freemalaysiatoday dan Blogger Sayuti Omar dedahkan siapakah 50 orang bekas ahli parlimen BN tersebut! Jangan hanya tau jadi batu api pengadu & domba sahaja!
Biarkan DS Najib buat kerja beliau dengan caranya yang tersendiri untuk mentadbir negara ini! Jangan hanya tau buat kacau saja!
6 comments:
sayuti omar tu dah seangkatan dgn samad said dan nik aziz. harapkan bulu aje beruban tapi otak semua dah tak berfungsi dgn betul.
Aziz Shamsudin jadi AP Shah Alam pun bukan bagus sangat. Aduan penduduk Shah Alam tak ambil peduli pun. Sebab itu penduduk pilih Khalid Samad. Tapi malang lagi bagi kami orang Melayu Shah Alam sebab AP ni penyokong kuil Hindu dikawasan penduduk Islam, dan sokong kalimah Allah guna di gereja.
Kalau berita datang dari Sayuti tak perlu fikirlah.
sayang sokong dengan PENAWAR dan sy bukan pembangkang... najib dah hanyut
kalau dah magrib tu buatlah cara magrib..dok payah sibuk2 mcm A samad said dan kuncu2nya...
Itulah kelebihan melayu pHd pecah belah
Post a Comment