Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Papan Tanda Yang Jelas Membuktikan Kelemahan Kelantan



A.S tabik sama DS Ali Rustam kerana mengambil insiatif bijak ini.
Biar rakyat lihat dan nilaikan sendiri bahawa negeri dibawah tadbiran BN jauh lebih baik dari negeri di bawah PAS.

Apa lagi juak PAS nak kata?
Fakta membuktikan segalanya..

Ariffahmi & Pok Nik Diserang!

A.S setuju dengan pandangan Senator Ezam bahawa pembangkang tak seharusnya double standard dalam menghentam sesuatu isu.
Contohnya isu NFC yang hangat diperkatakan sekarang.
Serangan bertali arus dari pihak pakatan haram terhadap DS Shahrizat dan ahli keluarganya dilihat bertubi-tubi tanpa menilai reality dan fakta yang sebenar.

Pembangkang jangan lupa dan buat-buat lupa, semasa Ariffahmi menjadi CEO PMBK, Arifahmi juga adalah menantu Pok Nik dan penyelewangan juga dilaporkan telah berlaku.

Jom kita pakat-pakat bongkar kembali penyelewengan yang ada dalam PMBK (Perbadanan Menteri besar Kelantan). Kalau nak Kata kontrak pinjaman NFC diperolehi oleh laki Kak Jat, apa bezanya Ariffahmi dan Pok Nik?

Orang UMNO jangan terlalu defensif, mestilah ofensif!

Antara penyelewengan yang dilaporkan sila ke umno-online &
gelombangmerah. Ada lagi..

Pok Nik Cover Line: Tak Bina Masjid Bukan Tak Islam


Hangpa tengok tajuk pun boleh termenung panjang..
Demi menutup kelemahan kerajaan PAS kelantan yang mana dalam 22 tahun memerintah Kelantan, hanya 1 Masjid cina dibina, dia mengeluarkan 'fatwa' diatas.
Apakah Pok Nik lupa bahawa institusi masjid merupakan teras pembangunan ummah didalam sesuatu komuniti tersebut?


Pok Nik sedar dia telah gagal mentarbiah rakyat Klate..
Mereka hanya syok sendiri berdakwah sesama kelompok mereka saja.
Pok Nik rela menghalalkan patung-patung buddha gergasi dibina dinegerinya dari dia sendiri berusaha mengambil insiatif membina masjid baru untuk umat Islam disana..
Sebaliknya Pok Nik lepas tangan dengan melepaskan kepada kerajaan Pusat untuk mengambilalih peranan tersebut..

Adakah Pok Nik akan berikan alasan bukannya tak islam jika tak bekal air bersih kepada rakyatnya di Klate jika dia terus gagal berbuat demikian?

Misteri dua tiang terbiar di negeri Pok Nik

RANTAU PANJANG – Dua tiang yang terletak di tepi jalan berhampiran simpang masuk ke Taman Hidayah di sini, menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang memandangnya.

Orang ramai tertanya-tanya ke mana perginya papan tanda berkenaan yang mampu menjejaskan pemandangan di laluan utama Rantau Panjang Pasir Mas ini.

Sekali pandang, ada yang menganggapnya berpunca daripada gejala vandalisme di kawasan ini.

Bagaimanapun, ada juga yang mengesyaki kehilangan papan tanda ini berpunca daripada mat gian yang mengambil jalan pintas mencuri serta menjual aluminium ini untuk mendapat wang segera.

Seorang pengguna dikenali Asmaliza, 25, berkata, kewujudan tiang papan tanda itu menyebabkan dia curiga berikutan sejak akhir-akhir ini ia sering menjadi mangsa mat gian.

Menurutnya, golongan ini sedar mereka boleh memperoleh pulangan apabila menjual kepingan aluminium ini.

“Justeru, pihak berkuasa harus memantau keadaan di sini memandangkan jalan ini merupakan laluan utama dan pekan Rantau Panjang pula menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Sekiranya papan tanda berkenaan penting, ia harus diganti segera,” katanya.

Amaliza berkata, tiang yang tidak membawa sebarang makna ini harus segera dibuang.

Menurutnya, jika wujudnya gejala vandalisme pula, pihak yang bertanggung jawab harus bertindak pantas kerana dikhuatiri akan turut menyebabkan kemudahan lain juga akan turut menjadi mangsa.

“Saya rasa tidak ada kepentingan tiang berkenaan terpacak di situ kerana ianya langsung tidak memberikan sebarang erti kepada pengguna.

“Sekiranya ianya disebabkan gejala vandalisme, kerajaan akan mengalami kerugian kerana terpaksa menggantikannya dengan yang baru,” katanya.-SH

Ini lah padahnya ulama serambi Mekah hanya ulama berpolitik sahaja.

Seorang pengutip sampah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak plastik di tapak pelupusan sampah Bukit Tajul, Banggol Judah, Machang, kira-kira jam 1.15 petang, semalam.

Rusmi Shafie, 30 berkata, mayat bayi tersebut dijumpai ketika dia bersama lapan rakan yang lain mencari bahan terpakai daripada timbunan sampah tersebut.

Katanya, sebaik sahaja sebuah lori sampah milik Majlis Daerah Machang masuk ke kawasan tersebut, dia dan rakannya terus mengerumuninya.

“Semasa sedang mencari barangan dalam longgokan sampah itu, saya menarik se­buah kotak plastik yang me­nyerupai beg lalu membukanya dan menemui baju kemeja T perempuan yang dipenuhi darah.

“Saya kemudian menarik kain batik perempuan yang diletak di sebelahnya dan ternampak telinga manusia. Saya terus menjerit dan mem­beritahu rakan-rakan namun mereka tidak per­caya dan menganggap saya bergurau sehingga mereka melihatnya sendiri. Mayat bayi lelaki itu cukup sifat dan masih bertali pusat. Kami percaya ia baru sahaja me­ninggal dunia tidak lebihi 24 jam,” katanya.

Tambahnya, ini kali pertama di­alaminya sejak mencari bahan terpakai di tapak pelupusan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ma­chang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, mayat bayi tersebut yang ditemui dalam keadaan cukup sifat, dipercayai telah dibuang di salah sebuah tong sampah di kawasan Machang sebelum diangkut ke tapak pelupusan itu.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kes ini,” katanya.

Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Ish.. Lemahnya Kerajaan Kelantan Uruskan Wang Ni! Naya Rakyat Klate!

A.S nak kata kat Pok Nik, Kerajaan Pusat dah bagi RM19 juta untuk bantu rakyat Kelantan miliki rumah kos rendah, kenapa benda macam ni pun hang gagal buat?

Yang hang tau salahkan kerajaan Pusat, salah sendiri tak pernah nak cermin muka.
Kalau tak reti perintah, bagi kat orang yang reti.

Tu pun jangan, PRU13 ada hati nak bertanding lagi!
Tak mampu, buat la cara tak mampu, tak payah nak menggagah!
Pembangunan Rancangan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di Kelantan yang menerima peruntukan sejumlah RM19 juta dibawah RMKe-9 didapati mengalami kelemahan pengurusan.

Melalui peruntukan RM19 juta itu kerajaan Negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan pengauditan dijalankan September hingga Disember, menyatakan pengurusan RAKR tidak memuaskan dan mengalami kelemahan, walaupun sejumlah RM8.33 juta dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu.

Pengauditan ditumpukan kepada tiga lokasi iaitu Bandar Jeli, Gaal di Pasir Puteh dan Gunong di Bachol.

Antara kelemahan tersebut:

* Dalam tempoh RMKe-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang.

* Pembinaan projek sambungan RMKe-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

* Sebanyak 56 daripada 100 unit rumah yang dibina di RAKR Gaal, Pasir Puteh belum dapat dijual walaupun projek tersebut siap tahun 2007.

* Sehingga akhir tahun 2010, tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah berjumlah RM9.40 juta.

* Seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah secara terus berjumlah RM2.45 juta walaupun rumah tersebut diduduki/diserah kunci melebihi setahun.

Laporan itu turut menyatakan sepanjang tempoh perlaksanaan RAKR Kelantan (1976-2010) sebanyak 4,768 unit rumah dibina oleh kerajaan Negeri.

Daripada jumlah itu sebanyak 3,746 unit dibina untuk jualan secara sewa beli, 778 unit untuk jualan terus manakala 244 unit lagi untuk disewa.

Selain itu sebanyak 160 unit lagi sedang dalam pembinaan secara usaha sama antara kerajaan Negeri dengan pihak swasta.

Projek ini dibangunkan di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu yang merupakan projek sambungan RMKe-8.

Audit turut memberi pandangan bahawa kelemahan perancangan menyebabkan pelaksanaan projek RAKR di Kelantan tidak dapat dilaksanakan.

Kegagalan Kerajaan Negeri membina rumah sebagaimana yang dirancang menyebabkan rakyat memerlukan rumah kos rendah tidak dapat memilikinya terutama bagi 1,913 pemohon yang berdaftar dalam SPT sehingga akhir tahun 2010.-FMT

Sadis! Pas Akui Hanya Bina Sebuah Masjid Di Kelantan Sejak Lebih 20 Tahun Lalu

Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

"Masjid Jubli Perak atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Perak yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu.-Bernama

Wah.. Apek Dapat Hadiah Rumah Dari Pok Nik! Player Klate lain?

Tahnial la A.S ucapkan untuk apek. Tapi apek ni kira spceial la di mata pok nik. Player Kelate macam Nor Shahrul Idlan Talaha nampaknya menggigit jari je lah seolah-olah dia dipinggirkan.

Bagi A.S, kalau nak bagi, biar semua yang layak dapat sepetutnya dapat. Jangan pilih bulu sebab apek ni glamer Pok Nik. Ni duit rakyat, kena kasi adil la
.

Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.

Apa Tu Cukai Bakul? Bakal Dihapuskan Jika BN Menang DI Klate!


Serius, A.S pertama kali dengar istilah cukai macam ni.
Baguslah kerajaan BN jika berjanji sedemikian.
Setidak-tidaknya, bakal mengurangkan beban ribuan peniaga kecil dari terus dibebani oleh cukai dari kerajaan negeri yang tak perlu dan pelik-pelik.


Harap rakyat Klate, buka mata, buka hati.
BN mampu buktikan yang mereka akan memerintah lebih baik dari PAS di Klate. Semua ini bukan janji palsu atau retorik semata-mata.


Badan Perhubungan Umno Kelantan berjanji akan menghapuskan cukai bakul yang menjadi masalah baru kepada peniaga kecil jika rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Timbalan Pengerusinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini memandangkan ribuan peniaga kecil di negeri itu kini menghadapi masalah berikutan hasil jualan yang kurang memuaskan.

"Pendapatan mereka hanya cukup makan sahaja menyukarkan mereka untuk membayar hasil bakul kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata ia sebagai ulangan sebagaimana yang terdapat dalam manifesto BN pada PRU ke-12 yang lalu.

Menurutnya disebabkan kegagalan kerajaan negeri mencari punca pendapatan baru terutama menarik pelabur asing melabur di negeri ini, mereka terus mengharapkan kepada sumber pendapatan lama terutamanya hasil balak dan cukai bakul daripada peniaga termasuk penjaja kecil.

"Ini menunjukkan Kelantan tidak mampu mentadbir walaupun diberi peluang lebih 21 tahun memerintah Kelantan dan masalah itu tidak seharusnya berulang," katanya.-SH

"QueensPark SportzCity & Boulevard"- Pok Nik Makin Advance!


A.S ingatkan nak pacak sekolah tahfiz bertaraf mega...barulah boleh berbangga...
Nih tak, pusat hiburan besar-besaran. Pusat snuker terbesar? besar mana tu? Perlu ke?

Nampaknya Klate makin advance.
Lagi satu tukang pacak tu mata sepet jugak.
Mana usahawan melayu Klate yang dilahirkan Pok Nik?

Awat tak ada orang yang membangkang pembinaan pusat hiburan tu?
Kan melalaikan!
Hipokrit!


Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan gaya hidup sihat dan hiburan melalui kewujudan "QueensPark SportzCity & Boulevard" bernilai RM35 juta yang pertama seumpamanya diwujudkan di Kelantan.

Pengarah Urusan Kristana Holdings Sdn Bhd Chai C.Y. berkata pusat yang berkonsepkan rekreasi dan sukan untuk hiburan dan gaya hidup sihat itu yang juga yang pertama dan terbesar di Pantai Timur, turut meliputi kemudahan kelas dunia.

Ia meliputi pusat bowling terbesar 36 lorong, snooker terbesar mampu memuatkan sehingga 40 meja, pusat renang dan futsal terbesar dengan keluasan standard FIFA.

"Dengan kedudukan strategik pusat ini seluas 1.66 hektar di Tanjung Chat, di sini dan sangat mudah untuk diakses dari segala arah, QueensPark SportzCity & Boulevard ialah lokasi utama untuk membawa kejayaan untuk setiap pemegang saham syarikat.

"Ia bakal menjadi pusat sukan terbaik dan paling popular untuk tujuan hiburan di Kota Baharu, dengan kawasan yang berdekatan dengan sebuah bandar ditubuhkan dengan kepadatan penduduk yang baik, kegiatan komersil dan berdekatan dengan Kompleks Taman Budaya Kelantan serta Taman Rekreasi Tengku Anis," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Dengan berkonsepkan gaya hidup sihat menggabungkan hiburan sukan dengan makanan tempatan dan antarabangsa, tempat makan terbuka, budaya dan pengalaman seni, muzik, hiburan, aktiviti rekreasi dan sukan, katanya pusat ini secara khusus direka untuk semua masyarakat yang ingin mengalami perbezaan.

"Kemudahan lain termasuk gelanggang roller skating dengan muzik, kawasan jualan makanan untuk 40 gerai dan kedai-kedai runcit khusus," katanya.

Dengan penyediaan kelengkapan parkir umum, VIP dan Orang Kelainan Upaya (OKU), tandas dan surau, menurutnya, pusat berkenaan yang mampu menampung antara 3,000 sehingga 5,000 orang dalam satu masa dijangka menjadi antara pusat yang diciptakan untuk membawa bersama keluarga, orang ramai, pengusaha, selebriti dan ahli sukan ke destinasi tunggal dalam lingkungan gaya hidup sihat.

Chai berkata pusat itu, yang memilki bangunan tiga tingkat yang direka khusus selamat dan moden dalam strukturnya itu memiliki 32 unit lot kedai yang kini dibuka untuk jualan.

"Pihak kami kini membuka jualan gerai dan lot kedai yang harganya amat berpatutan, serendah RM500 sehingga RM690,000 dan keistimewaan diberi kepada Bumiputera yang bakal menimati rebat sepuluh peratus dari harga jualan," katanya.

Mengikut perancangan, beliau berkata "QueensPark SportzCity & Boulevard" dijangka dibuka secara rasmi kepada umum pada Ogos ini.

-- BERNAMA

Panas! Ibrahim Ali Yakin 95% Pengundi Adalah Penyokongnya Di Pasir Mas!


A.S agak skeptikal terhadap status update yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali ini.
Tampak beliau mempunyai keyakinan yang cukup tinggi untuk pertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dengan menyatakan hampir 95% pengundi di Pasir Mas adalah penyokong beliau.
Tinggi sangat kot? Realistik la skit YB!

Tapi kalau Tok Him nak bertanding atas kerusi apa?

PAS? Kerat 8 pun Pok Nik takkan restu dah!

UMNO? Ingat pemimpin UMNO dalam bahagian Pasir Mas nak biar saja?

BEBAS? Sendiri mau tau la..

NFC Berjaya Ditepis, Kita Gasak Pula Husam Bersama Jamnaparinya!


Dalam sibuk pakatan haram memfitnah dalam isu NFC dan berjaya dijawab segala tohmahan dan fitnah mereka dengan baik dan jelas, apa kita kita tanya Kerajaan Klate especially si Hussam Musa dengan projek kambingnya.

Kenapa Hussam Masih Berdiam Diri Dan Enggan Mengulas Pasal Projek Kambing Jamnaparinya.Sebanyak RM 7 Juta Duit rakyat Kelantan Telah Dibelanjakan Untuk Tujuan Tersebut.
Pejabat SUK Mendakwa Kandangnya Telah Hancur Dan Kambingnya Dah Lama Lebur.

Ini adalah kebenaran. Rakyat Kelantan kena tau helah Hussam nih.
Kalau berjumpa dengan dia desak dan tanya perihal belaan kambing tersebut.
RM7 juta bukan sedikit.andai diurus dengan betul pelbagai pembangunan untuk anak muda dapat dilaksana.
Ini tidak! pantang jumpa dan berhadapan org muda maka diajar untuk mintak royalti.

Adakah Ini Salah Satu Petanda Kebangkitan UMNO Di Kelantan?


Alhamdulillah, fenomena aneh ini berlaku di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Kelantan, disini dapat kita lihat sebilangan besar rakyat Kelantan sudah menukar corak politik mereka kerana selama ini mereka merasakan tertipu dengan semua janji-janji manis Pas kepada mereka.Sungguh aneh, Jadi Nik Aziz tidak perlulah hairan setelah penjelasan ini GK berikan. Jika dahulu sangatlah sukar untuk melihat hadirin memenuhi ruang pada mana-mana majlis yang dianjurkan oleh Umno. Sikap PAS sewaktu ketika dahulu yang menuduh penyokong Umno adalah kafir disebabkan Umno berkongsi kuasa dengan MCA akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana mereka juga sedang berasmara dengan DAP.

Dikalangan dari mereka yang hadir ini menyatakan dahulu mereka terlalu taksub kepada Pas sehingga menyebabkan terputus hubungan kekeluargaan hanya kerana berbeza fahaman politik. Mereka percaya sungguh dengan tuduhan Pas terhadap orang yang menyokong Umno adalah kafir. Tapi setelah Pas menjalinkan hubungan dengan DAP mereka mula merasa sangsi dengan perjuangan PAS.


Disamping itu GK sempat menemubual beberapa orang yang hadir dan bertanya sebahagian dari mereka yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas,Antara soalan yang GK tanya ialah, ( Bakpo loni pokcik baru napok ko BN ni, pahtu pokcik tok takut ore Pas tuduh mace-mace ko? ) Kenapa baru sekarang memilih Umno dan tidak takutkah dituduh dengan bermacam tuduhan oleh penyokong Pas yang lain.

Diantara jawapannya , Nak takut apa kerana dah ramai yang beralih menyokong BN, walaupun sesetengah tu tidak nyatakan untuk sokong BN, tapi mereka sudah tidak kuat atau taksub seperti dulu lagi kepada Pas, kalau dulu asal saja ceramah Pas mereka semua akan pergi bersama. Alasan mereka meninggalkan Pas adalah kerana Dap dan amanat Hj Hadi suatu ketika dulu. Bagi mereka ia adalah soal akidah yang nampak begitu ringan dipolitikkan oleh Pas.

Selain itu masalah air juga di suarakan kepada GK, kerana ketiadaan air mereka cukup payah untuk mengambil wudhu' dan mandi junub, Bagi mereka itu yang lebih penting didalam Islam, tanpa ibadat dan solat yang sempurna mana mungkin untuk mendapat pahala dan memasuki syurga. Mereka cukup kesal dengan PAS kerana lebih sibuk mempolitikkan Hudud dari menangani masalah air yang berlaku ini. Perkara yang asas seperti solat tidak pula dititik beratkan oleh Pas, macam mana boleh kata Pas ni perjuangkan Islam.

Itulah sebahagian yang dapat GK kongsikan bersama, Keadaan di Kelantan sekarang ini Alhamdulillah nampak perubahan yang sangat ketara, Jika dahulu kalau Umno yang anjurkan program agama jangan haraplah nak dapatkan hadirin memenuhi ruang dewan, tapi sekarang tidak lagi, sambutan yang cukup baik ini seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional, rakyat sangat mengharap perubahan kepada negeri mereka Kelantan Darul Naim.

Guano gamok puok kito, pokcik, mokcik,adik kakok,awe, mek, cek, tok ayoh, tokguru, Abe Mat, Pokteh Jani, Hj Ya, Hj Deris Wakaf Siku, Abe Hase Gunong dan ramai lagi tok ser doh ko Pas, pakat kato Pas pelawok hangit isle alah kedio,alah kokre hare belako, lenguh telingo GK dengar puok dio duk ngepek tadi, GK raso buleh mene kelate trek ni, kalu demo nok uboh baik kito pakat uboh,try dulu sepenggal tok rugi sikit habuk. IJN mesti bersiap sedia untuk menerima tetamu istimewa selepas keputusan PRU13 diumumkan nanti.hehe..,Anda mampu mengubahnya.

sumber:gelombangkick

Edisi Naya Di Negeri Pok Nik: 3 Hari Tak Mandi Wajib!

Rakyat kelantan tak dapat mandi wajib selama 3 hari akibat tiada bekalan air, malah ada rakyat kelantan tak dapat memunaikan sembahyang pasal belum mandi wajib lagi.

Lebih sadis, ada di antara mereka yang terpaksa pergi ke Terengganu untuk mandi wajib di sana kemudian pulang semula ke kelantan.

Naya betui rakyat Klate duduk dibawah pemerintahan Pok Nik.
Ini tak masuk bab negeri Ustaz Jijan lagi!..

Pok Nik Makin Pening: PAS Bachok Pula Bergoyang!

Nampaknya dari hari ke hari, MB Kelantan makin pening memikirkan apakah yang tak kena pada dirinya dan pimpinannya di Kelantan yang menyebabkan makin ramai ahli pas berhijrah menyertai UMNO. AS harapkan ini sebagai satu tanda positif dalam usaha BN merampas kembali negeri Kelantan.

Namun sesekali AS ingatkan janganlah kita berpeluk tubuh dan syok sendiri dengan perkembangan di Kelantan ini kerana itu tidak menjamin sesuatu yang benar-benar tulen selagi tidak diterjemahkan ke dalam peti undi.

Gerakerja yang bersepadu harus diteruskan dalam menghadapi PRU13 yang akan mendatang ini.



Seramai 70 anggota Pas yang terdiri daripada nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, di sini, mengisytihar keluar parti Pas berikutan kecewa terhadap sikap kepimpinan mereka gagal membela nasib mereka yang dibelenggu kemiskinan.

Ketua kumpulan itu yang juga bekas penyokong tegar Pas, Azlan Mamat, 39, menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

"Kami akan berusaha menarik lebih ramai lagi anggota Pas dari kalangan nelayan yang tinggal di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin supaya turut berhijrah bersama kami," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuala Kemasin di sini, Sabtu.

Beliau berkata tiada sebarang bantuan disalurkan kepada nelayan di kawasan itu oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sepanjang lebih 20 tahun ia memerintah Kelantan.

"Wakil rakyat Pas hanya turun padang menemui nelayan ketika mahu memancing undi ketika pilihan raya sahaja dan selepas itu dia tidak lagi menampakkan muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami ini," katanya.

Azlan berkata ini berbeza dengan kerajaan Persekutuan yang sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot kepada nelayan yang memerlukan serta elaun sara hidup bulanan nelayan sebanyak RM200 setiap bulan.

Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan kesedaran rakyat terutama di kalangan anggota serta penyokong Pas untuk menyertai UMNO.

"Gelombang penyokong Pas menyertai UMNO semakin kuat di daerah ini dan sebelum ini sebilangan besar penyokong Pas dari Kampung Jembal, Kubang Telaga, Mak Makyong dan Kampung Kolam bertindak keluar daripada parti itu," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelanan.

Lagi Tanda PAS Kelantan Akan Rebah! PAS Bachok lumpuh?

Berita telah melaporkan bahawa seramai 100 penyokong Pas di Bachok termasuk tujuh pemimpin cawangan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada perjuangan UMNO untuk menerajui kembali pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka menyatakan ikrar tersebut semasa menghadiri sesi penerangan mengenai hala tuju perjuangan UMNO yang disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Bachok dua malam lepas.

Sesi penerangan selama hampir dua jam itu berlangsung di kediaman Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussain di Kampung Teratak Pulai di sini dan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Ketua kumpulan berkenaan, Ismail Abdul Rahman, 63, dari Kampung Panchor, Gunung berkata, 100 bekas ahli dan penyokong Pas yang hadir pada pertemuan itu adalah ketua keluarga yang akan membawa lebih banyak sokongan kepada UMNO pada pilihan raya akan datang.

Nampaknya, dari hari ke hari, semakin jelas perjuangan pas yang palsu makin ditolak oleh rakyat Kelantan terutamanya.
Taktik memukul gendang hudud ternyata gagal dan memakan diri sendiri. Hidung PAS yang dicucuk erat oleh DAP merupakan satu faktor utama bagi para penyokongnya meninggalkan pas parti pelesu.
PAS hamPAS bakal tumPAS dan melePAS!

Mesti baca: Luahan Hati Orang Muda Yang Kecewa Dengan PAS/Pok Nik

Luahan hati orang muda.. email pembaca yang kecewa dengan PAS. Bacalah...

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.
Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBATsumber

Pok Nik Kuciwa 'Mahligai Sakinah' Dingin..

PROGRAM NI BUKAN TAK BAGUS..

TAPI A.S YAKIN KEKURANGAN PROMOSI DAN PERKARA INI TAK DIWAR-WARKAN KE SELURUH KELANTAN

KALAU NAK BUAT SESUATU PROGRAM TU, BIARLAH DIRANCANG DENGAN TELITI DARI SEGENAP SEGI!

JANGAN BUAT KERJA MACAM PAK PANDIR!




Unit cari jodoh kerajaan Kelantan: Lelaki beri sambutan dingin

Hasrat kerajaan Kelantan membantu wanita bujang mencari pasangan melalui penubuhan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah', kurang mendapat sambutan di kalangan lelaki apabila tidak ramai yang berminat untuk mendaftar.

Sambutan dingin daripada kaum Adam itu menyebabkan unit berkenaan menghadapi masalah untuk mencarikan pasangan sesuai bagi wanita yang berdaftar.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, unit ‘Mahligai Sakinah’ yang diwujudkan sejak 2007 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan.

Tanpa menyebutkan angka terkini yang berdaftar, beliau berkata, kekurangan publisiti mengenai Mahligai Sakinah mungkin menjadi antara faktor kurangnya calon lelaki di samping kecenderungan orang muda mencari jodoh sendiri. - Utusan

Lagi 130 Penyokong Tegar PAS Di Klate Masuk UMNO

Seramai 130 penyokong tegar Pas di sini menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.

Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan di sini, malam tadi.

Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.

Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.

"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

"Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.

Mohamad turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas, tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.

Bagi Che Roslan Li, 43, pula, dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas di sini yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.

"Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya," dakwanya

Kelantan paling tinggi hidap HIV, AIDS

Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.

Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin.
Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).

"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...