Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Depa Nak Letak Jawatan Terima Sajalah! Nak Pujuk Apa Lagi?

Nak tunggu kalah semua kerusi baru nak terima perletakan jawatan ke?

AS kata ni merujuk pada keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang menolak peletakan jawatan presiden, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Setiausaha Agungnya, Datuk Sim Kheng Hui.

Sikap George Chan dan Kheng Hui perlu dipuji kerana mereka berasa bertanggungjawab diatas kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lalu.

Mengapa perlu CWC SUPP nak pujuk supaya jangan letak jawatan? Kita mesti ingat, kita perlu berubah segera kalau tak mau terus rebah. Biarkanlah saja Presiden dan Setiausaha Agungnya letak jawatan! reform kembali parti SUPP itu sendiri dengan kadar yang segera!

Apa kata letak saja muka baru yang 'fresh' bagi memimpin SUPP yang mungkin lebih disukai oleh orang cina di Sarawak. Mungkin faktor George Chan orang yang dah lama disebabkan Cina sarawak memilh DAP.

Ingat, PRU13 tak lama lagi. Semua parti perlu berubah. SUPP akan bertanding 6 kerusi Parlimen.Semua kerusi itu sangat penting untuk membantu BN mempertahankan kuasanya.

Janganlah bagi alasan yang penolakan perletakan jawatan ni disebabkan pemilihan pimpinan SUPP akan diadakan pada kongres parti akhir tahun ini. AS takut tak sempat je. Kita sudah tadak masa. jangan asyik berdrama dan berseloka lagi! Keputusan PRN Sarawak baru-baru ni dah beri petunjuk yang kaum cina dah tolak BN di Sarawak. SUPP harus lakukan sesuatu!

Undi popular BN Sarawak jatuh dari 62.93% kepada 55.24%.


AS harap kita jangan mudah berpuas hati dengan kemenangan ini. 7% Undi Popular BN yang jatuh menandakan bilangan rakyat Sarawak mahukan perubahan makin meningkat.
Tapi kita harus sedar bahawa PRN Sarawak kali ni ditandingi oleh paling ramai calon menyebabkan undi berpecah.
Undi popular juga jatuh disebabkan oleh penyertaan parti politik selain parti dalam pakatan haram seperti SNAP, PCM dan BEBAS.

Walaubagaimanapun, pucuk pimpinan BN harus memikirkan strategi terbaik dalam menghadapi PRU13 akan datang.
Yang pertama sekali Janji Pehin Sri Taib mahmud mahu berundur mestilah dikotakan seboleh-bolehnya sebelum PRU13.

AS tetap ucapkan tahniah kepada Barisan Nasional Sarawak kerana masih menguasai lebih 2/3 DUN Serawak. Walaupun pengundi Cina jelas menolak BN dengan mengundi DAP. Melayu melayu semenanjung harus teliti betul betul signal pengundi CINA diseluruh negara.

Orang CINA begitu RACIST!!! orang MELAYU harus RACIST juga pada PR13. Ahli UMNO dan ahli PAS harus bersatu untuk mempastikan kestabilan ISLAM DAN MELAYU di tanah Melayu ini.

3 Sebab Mengapa Baru Bian Boleh Menang Di Ba'Kelalan


Menurut sumber calon PKR, Baru Bian telah menewaskan calon BN di kerusi DUN Ba;kelalan dengan majoriti 427 undi berbanding semasa PRN2006 dia telah tewas sebanyak 475 undi. Berikut adalah antara faktor-faktor beliau mampu menang.
Diharap BN ambil iktibar.
1. Keputusan BN yang lambat dan nampak seolah-olah bermasalah dalam meletakkan calon BN untuk bertanding di Ba'Kelalan menyebabkan pengundi di situ agak kecewa tambahan pula calon yang dipilih kurang favourite.

2. Populariti Baru Bian yang dicanang-canang sebagai bakal CM Sarawak jika pakatan haram menang PRN Sarawak tambahan pula dia dah 3 kali bertanding disitu dimana 2 kali kalah sebelum ini menyebabkan undi simpati dari pengundi.

3. Terdapat beberapa janji dan permintaan rakyat di Ba'kelalan tidak ditunaikan dan tidak diambil berat oleh ADUN disitu atau kerajaan negeri Sarawak. Perkara ini menyebabkan berlakunya undu protes terhadap BN. Diharap BN dapat ambil iktibar dari kes sebegini.

Hampir Pasti 52BN-19PR



Sumber Rakan di Sarawak (Yeop Parit). Berdasarkan drpd sumber, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN berjaya memperolehi majoriti 2/3 dgn. memenangi 52 kerusi. Ini bermakna 5 kerusi melebihi 2/3.....Insyaallah. Tunggu keputusan rasmi drpd SPR malam ini

Senario paling burukpun pembangkan​g cuma dapat 18 kerusi. B​N kekal majoriti dua pertiga!

Boleh menang kah BN atau pembangkang, dapat berapa kerusi dan bolehkan BN kekalkan majoriti atau pembangkang dapat menafikan dua pertiga daripada 71 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak esok?

Bukan sahaja rakyat negeri itu mahupun di Semenanjung bertanya dan menunggu jawapan malah petugas media yang membuat liputan pilihanraya negeri ke 10 turut diaju soalan serupa bila bersua ahli politik sama ada dari komponen BN atau pakatan pembangkang.

Jelaslah, seperti diakui banyak pemimpin, pilihanraya Sarawak kali ini amat sengit dengan BN mahu melaksanakan transformasi manakala pembangkang mahu ubah politik di negeri itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib yakin BN memenangi pilihanraya tersebut dan mengekalkan majoritI dua per tiga.

Sebelum DUN Sarawak dibubarkan 21 Mac, BN menguasai 63 kerusi manakala pembangkang cuma lapan.

Pada pilihanraya ini, BN terpaksa bertarung di semua kerusi kerana tiada yang dimenangi tanpa bertanding.

Malah dengan jumlah 213 calon mewakili komponen BN, pembangkang dan parti lain, sekaligus mencipta sejarah dalam pilihanraya Sarawak sejak 1970.

Ini termasuk 41 calon Bebas hingga ada kawasan ditandingi enam calon.

Berbalik perkara asal, selepas 10 hari berkempen, semua parti menyatakan mampu memenangi pilihanraya kali ini.

Pembangkang cuba gembar gembur bukan sahaja menambah bilangan kerusi tetapi dapat membentuk kerajaan negeri yang baru selepas tengah malam Ahad.

Dalam dua sidang media berasingan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Md Isa membuat congakkan itu berdasarkan kehadiran di ceramah-ceramah parti pembangkang dan kempen ke rumah-rumah menjangkui matlamat awal.

Anwar bagaimanapun menuduh BN akan menggunakan segala taktik kotor untuk mencuri pengundi termasuk menabur wang.

Beliau yang sedang dibelit isu video seks dan perbicaraan kes liwat turut mempertikaikan proses pilihanraya yang didakwa tidak bebas dan adil dengan BN kononnya menggunakan segala media dan jentera kerajaan bagi memastikan pembangkang tidak menawan Bumi Kenyalang.

Secara keseluruhan PKR bertanding 49 kerusi manakala DAP (15) dan PAS, Cuma lima sahaja.

DAP hanya bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina dengan harapan menang kesemua kerusi yang ditandingi.

Sementara itu, Nasaruddin yang juga pengarah pilihanraya PAS di Sarawak turut yakin kemampuan parti itu, DAP dan PKR boleh membuat kejutan.

Beliau tidak nampak isu babitkan Anwar mempengaruhi pengundi-pengundi kerana sejak berkempen rakyat lebih banyak menyuarakan isu tempatan dan ekonomi.

Bagaimanapun, ada pihak menjangkakan jika pembangkang gagal memperolehi tambahan kerusi yang besar, bermakna ianya dipengaruhi isu Anwar terutama soal video seks yang terus jadi tanda tanya siapa lelaki menyerupai beliau yang melanggan pelacur China itu.

Ditanya peluang PAS, Nasaruddin berkata, harapan calon parti itu di Beting Maro dan Sebuyau cerah bahkan tiga lagi calon yang bertanding di Tanjung Datu,Sadung dan Muara Tuang juga berpeluang menang.

Selain pembangkang, BN juga berdepan SNAP yang bertanding 26 kawasan dan turut bersaing dengan calon-calon Bebas.

SNAP dilihat selain untuk mempertahankan satu kerusi juga berperanan memecahkan undi di kawasan ditanding pembangkang.

Ini kerana SNAP menarik diri daripada bersekongkol dengan pembangkang setelah soal agihan kerusi yang lebih memihak kepada PKR sedangkan SNAP lebih lama bertapak di Sarawak.

Namun, ada pihak melihat peluang BN menang amat cerah walaupun isu Ketua Menteri Pehin Sri Taib Mahmud yang memerintah Sarawak terlalu lama dan beberapa isu berkaitan dijadikan modal kempen pembangkang.

Cuma teka teki sekarang berapa kerusi mampu dimenangi komponen BN.

BN sudah tentu bersandarkan kepada 35 kerusi yang ditandingi PBB, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP sebanyak 8 kerusi.

Kerusi panas tentunya di DUN Balingian yang ditanding Taib dengan dua pencabarnya dan Bakalalan yang jadi tumpuan kerana Pengerusi PKR, Baru Bian yang telah ‘ dijual’ sebagai bakal dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru jika pembangkang berjaya menawan Sarawak

Kemunculan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang bertanding enam kawasan buat kali pertama juga menarik tumpuan kerana pemimpin parti itu menyatakan antara tujuan mereka bertanding bagi mengelak rakyat Sarawak menyokong Anwar Ibrahim.

Disebalik semua ini, lebih 970,000 pengundi berhak menentukan kerajaan yang bakal mentadbir Sarawak seterusnya membawa manfaat kepada mereka.

Berdasarkan maklumat dari berbagai sumber Agendadaily berani meramalkan BN menang dan masih boleh mengekalkan majoriti dengan sekurang-kurangnya 53 kerusi manakala pembangkang atau parti lain hanya mampu memperolehi 18 kerusi sahaja.

Cuma jumlah majoriti undi yang dimenangi setiap calon BN dijangka merosot berbanding 2006.

Dalam pada itu, ikut pecahan DAP mungkin memenangi 13 kerusi, PKR (2), PAS (1) dan SNAP 2 kerusi.

Apapun, senario palik buruk, BN tetap kekal dengan sekurang-kurangnya 50 kerusi dan cukup bagi menguasai majoriti bagi memastikan kerajaan BN dapat mentadbir Sarawak dengan lebih selesa.

Jika ini jadi kenyataan,Najib mungkin tidak bermasalah untuk memikirkan pula bilakah tarikh sesuai untuk pilihanraya umum ke 13-Agenda Daily

DAP Menang Di Sarawak Esok, Peniaga Cina Gulung Tikaq!


"bro, if DAP sweep into power, the local Chinese business people can bungkus! there will be an influx of Peninsula Chinamen who have been financing the DAP. They will sweep away the local Sarawak Chinese business community. Anyway, the local Chinaman gets what they deserve!pas as usual Hampass
"

Begitulah sms yang AS terima dari rakan disana yang bunyinya sungguh menakutkan sekali terutamanya kepada peniaga bangsa cina di Sarawak. AS agak setuju dengan sms diatas kerana DAP dipengaruhi dan diberi dana dari tokey-tokey, gengster, kongsi gelap serta perjudian haram dari Semenanjung.

Jika DAP perintah Sarawak, maka komuniti perniagaan bangsa cina di Sarawak pasti akan terjejas kerana akan dimonopoli oleh peniaga dari Semenanjung. Jangan tersalah pilih esok, anda akan merana jika salah pilih. Tinggi harga yang perlu dibayar.

Barisan Kabinet Pakatan Haram Sarawak. Muslim Mana?

AS terima dari FB yang rakan AS tagged pada AS. Sejauhmana kebenaran susunan kabinet diatas adalah tidak pasti. NAMUN, seandainya benar, maka makin hancur dan lemahlah Islam dan Melayu di Sarawak. Macamana PAS nak pejuang Islam kalu gaya lagu ni?

DAN JIKALAU BENAR sekalipun PR Menang PRN negeri Sarawak Esok (minta simpang), tidak mustahil perkara begini akan terjadi. Kepimpinan Islam dibakulsampahkan sendiri oleh Orang Islam pengkhianat agama dan bangsa!
Bertanding pun 5 seat, tu pun orang kesian punya pasai.

Mai ushar! Sapa Lebih Rakus Dan Gila Kuasa?

Pas Makin Advance! Calon Main Gitar Nak Pancing Undi

Ini calon PAS kerusi DUN Sadong Jaya, Abang Eddy. PAS guna strategi kempen menyanyi dan bermain gitar untuk pancing undi. Mana pergi perjuangan hendak menegakkan negara Islam!!
Guna artis jemputan pun jadi! PAS flip flop yang desperado!
WALHALALKU WALHAROM MU!

Bala! Timb. Ketua Cabang PKR Nibong Tebal Kemalangan Di Sarawak!

Kereta ini dipandu oleh Timbalan ketua Cabang PKR Nibong Tebal yang juga Penyelaras Yang Tak Selaras DUN Sungai Acheh , Mohd Kamil(Hj Wan) semasa dia merayau tadak hala tuju disana untuk menabur fitnah dan mengadu domba terhadap penduduk di sana. Akibat kempen yang mendapat sambutan hambar dari penduduk di sana. Mungkin tertekan, jiwanya jadi kacau dan tak ketahuan arah agaknya. Alhamdulilah, nasib baik la selamat takda kecedaraan serius yang berlaku. Kalu tak, tak ke naya, anak ramai ka rumah sapa nak jaga.

Apa yang AS tau PKR Nibong Tebal tolong buat semak di DUN Simunjan untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ADUN PKR Sungai bakap bersama beberap orang dari Nibong Tebal pergi le beramai-ramai ke Sarawak. Banyak juga duit ye YB?

Rakyat minta bantuan pi pusat khidmat senang saja bagi alasan tadak duit / tadak peruntukan?
Siap tala lagi suruh carik pemimpin UMNO untuk tolong beri bantuan. Heh! Sapa pun bueh jadi YB macam ni. Bersedia la YB Maktar untuk PRU13, orang di DUN Sungai Bakap ramai yang tak puas hati sama lu!

Belah kanan tu la Md Kamil, ambik gambar bersama Mustafa Maarof yang turut datang berkempen bantu BN. Tempek jangan tak tempek..

Dari Pembantu Klinik ke Seorang YB-Calon PAS

Bukti seorang calon Pas di PRN Sarawak bekas graduan UITM yang tak sedar diri kerana UITM lah kilang yang melahirkan graduan melayu berdasarkan kelebihan UITM sebagai IPT yang melahirkan kaum melayu yang berjaya dalam pendidikan. Kali ni bersekongkol dengan parti yang mahu menghapuskan keistimewaan kaum bumiputera di UITM.

Cita-cita tinggi dari seorang pembantu klinik ingin menjadi YB. Dasar PAS yang mana sebelum ini perempuan diharamkan menjadi calon/pemimpin semuanya tinggal kenangan. semuanya dilacurkan untuk membuktikan bahawa sentimen agama yang dimainkan pas adalah sekadar retorik semata.

Calon wanita ini, Nani Sahari berangan nak merampas kerusi Dun Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.Nani berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru apabila menentang Adenan yang mengekalkan kerusinya selain seorang lagi calon bebas, Gilbert Asson ak Kulong.


Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani yang bertugas sebagai pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu-Haprak Daily
.

Kek Lapis Yang Buat Pakatan Haram Meroyan


Peniaga dan pembuat kek lapis Sarawak, Fatimah Ali menunjukkan kek lapis Barisan Nasional yang di jual di gerainya di Pasar Malam Seberkas.

Kek lapis yang setiap satu seberat 600 gram mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan.

Menurutnya jualan kek lapisnya semakin meningkat kerana ramai orang dari luar tiba di Miri kerana pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini.

Kek lapis ini dijual mengikut saiz antara RM15 hingga RM20 setiap satu. Fatimah memulakan perniagaannya dari jam dua petang hingga sebelas malam setiap hari. -BERNAMA

Mak Lampir Menangis Di Sibu


PKR berdepan kemelut dalaman menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 apabila jentera kempennya tidak dapat beroperasi di Sibu ekoran perselisihan faham.

Difahamkan, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang mahu meletakkan jentera parti di kawasan terbabit berdepan masalah apabila bilik gerakan mereka tidak dapat beroperasi.

Menurut sumber dalaman parti berkenaan, bilik gerakan itu tidak dapat digunakan ekoran Ketua Cabang PKR Sibu dikatakan merajuk namanya tidak terpilih sebagai calon parti itu bagi pilihan raya negeri.

“PKR Sibu tidak membenarkan Zuraidah menggunakan pejabat cabang parti itu sebagai bilik gerakan. Malah PKR Sibu juga menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon muda di kawasan berkenaan,” kata sumber berkenaan.BH


Cik Zue tak menangis cuma kesian Cik Zue kita nak buka bilik gerakan pun tak dapat. Maka bakal merempatlah jadi hantu di tepi jalan untuk menghasut rakyat dengan fitnah dan hasutan jahat mereka.

Makin jahanamlah parti khianat rakyat ini. Belum apa-apa cah keting dah mula, isu pembahagian kerusi dengan SNAP pun PKR nak tunjuk samseng di Sarawak kononnya merekalah parti 'anchor' dalam pakatan haram di Sarawak.

Piirah PKR..
Cepat-cepat la bekubuq PKR oii! Ada pun menyusahkan orang saja

Bakal Calun PKR di Sarawak Kena Haria!

Memang pelik. Baru saja beli grand livina baru tapi sibuk hantar SMS dengan bekas staff dan kawan-kawan minta sumbangan untuk membantunya bertanding dalam PR DUN Sarawak bulan depan. Nak tau siapa punya kerja? Inilah kerja bakal calon PKR Sarawak di Simunjan, Dr. Manshor Hossen yang juga pengarah strategi parti.
Tindakannya yang penuh strategik itu telah disambut dengan murah hati staff dan rakannya yang telah menghulurkan sumbangan dan derma dalam bentuk ribuan sumpah seranah dan maki hamun. Yang kurang bermurah hati pula sekadar menghulurkan sedikit ejekan dan sindiran.

Calon BN bagi derma , calon PKR minta derma.
Calon BN senangkan rakyat, calon PKR susahkan rakyat.

Sumber

Taib Mahmud Nak Berundur, Eloklah.. Dah Lama Dahh

Dalam hal ini AS 100% bersetuju dengan pendirian Taib mahmud jika benar. Beliau dah lama dah. bagilah peluang kepadapelapis atau pengganti beliau menunjukkan kredibiliti meneraju Sarawak dengan acuan mereka sendiri.

Segala sumbangan Taib Mahmud kepada Sarawak selama ini sangatlah dihargai. Pemimpin datang dan pergi, namun yang perlu kekal adalah BN itu sendiri dalam mentadbir negeri Sarawak bumi bertuah itu.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting yang bakal mengejutkan banyak pihak hujung minggu ini iaitu tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional BN bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini

Difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu yang hampir sama besar dengan Semenanjung Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa “tunggu hingga esok ” -MI


SNAP Nak Tinggalkan Pakatan Haram Sebab Meluat Dengan Kerakusan PKR!

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang kecewa hanya diberi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh pembangkang untuk ditandingi pada pilihan raya negeri ke-10 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam mengumumkan bertanding di lebih 40 kerusi secara sendiri.

Presidennya, Edwin Dundang, berkata SNAP juga tidak menolak kemungkinan parti itu meninggalkan pembangkang di negeri ini. Pada sidang medianya di sini, semalam, beliau turut mengumumkan 16 calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri itu. “SNAP tidak mempunyai masalah dengan DAP atau PAS, sebaliknya PKR menuntut terlalu banyak kerusi untuk bertanding dan tidak langsung berbincang dengan parti lain mengenai calon mereka.

“Isu pertembungan tiga atau empat penjuru ketika pilihan raya tidak timbul kerana jika SNAP tidak meletakkan calon, sudah ada pihak lain seperti Parti Cinta Malaysia (PCM) atau Bebas akan berbuat demikian.

“Kita mengumumkan calon SNAP (dulu) kerana mahu PKR tahu kita sudah mempunyai individu berkelayakan untuk bertanding di 16 DUN, selain sedia bertanding di lebih 40 kerusi selepas diminta penyokong.

“PKR terlalu bongkak apabila memaklumkan mahu bertanding di 52 kerusi DUN. Bagaimanapun sehingga ini belum memberitahu calon mereka... SNAP cuma berharap parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kerusi yang akan kita tandingi,” katanya.
Edwin berkata, pihaknya melihat PKR cuba membolot majoriti kerusi DUN apabila turut mahu bertanding di kawasan yang diketahui mereka tidak mempunyai sokongan kuat dan pada masa sama meminta pihaknya bertanding di kawasan tertentu saja.

"SNAP masih belum memutuskan kedudukan dalam pembangkang, tetapi kita bersedia menghadapi PKR sekiranya mereka mahu meneruskan hasrat meletakkan calon di 16 kawasan yang diumumkan SNAP," katanya.

INFO: Calon SNAP untuk bertanding DUN
1. Stephen Sigar DUN Opar
2. Frankie Jurem Nyumboi (Tasik Biru)
3. Richard @ Peter M Munai (Bengoh)
4. Sylvester Belayong (Kedup)
5. Abang Othman Abang Gom (Lingga)
6. Dan Giang (Balai Ringin)
7. Joe Unggang (Layar)
8. Dayrell W Entrie (Bukit Saban)
9. Anthony Liman Sujang (Krian)
10. Tedong Gunda @ Jamal Abdullah (Pakan)
11. Augustine Liom (Machan)
12. George Lagong (Baleh)
13. John Bampa (Belaga)
14. Johari Bujang (Lambir)
15. Edwin Dundang (Marudi)
16. Kebing Wan (Telang Usan)

PKR MEMANG TAMAK! AYUH NYAHKAN MEREKA DARI MUKA BUMI INI!

Dalam mengulas isu mengenai pembahagian kerusi antara PKR dan SNAP di Sarawak Saudara Aspan Alias menulis “Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus dengan DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?”

Biarpun Saudara Aspan Alias itu adalah seorang yang menyokong UMNO rasanya memang ada kebenaran dari apa yang ditulisnya itu tentang PKR, satu pandangan yang wajar diberikan perhatian dan penilaian yang serius oleh pimpinan PKR.

Bagi aku pula.. Kenyataan itu hanya menunjukkan kepada rakyat Sarawak apa yang dimaksudkan oleh Kuasa Autonomi yang telah dijanjikan oleh pemimpin PKR kepada Sarawak jika Pakatan Rakyat Berjaya menguasai Putrajaya.

Dalam isu Pilihanraya Sarawak Mengapa PKR tidak boleh mencontohi DAP yang hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN dan begitu tamak hingga mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak.

Memang PKR perlu lebih banyak kerusi untuk membolehkan salah seorang pemimpinnya dinobatkan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat Berjaya ke Putrajaya, tapi salahkah jika SNAP diberikan keutamaan di Sarawak dalam menentang Barisan Nasional Sarawak, sedangkan SNAP telah berada lama di bumi Sarawak dan SNAP sendiri telah berjuang untuk rakyat Sarawak lebih lama dari PKR.

Mengapa perlu mencetuskan sengketa dengan SNAP sedangkan telah ada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat bahawa Ketua Umum PKR itu akan tetap dilantik sebagai Perdana Menteri seandainya Pakatan Berja Ke Putrajaya..

Perlukah PKR mencari kuantiti yang tidak berkualiti hingga hasilnya sama dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.. Tidak berkualiti hingga boleh dibeli ..

Ingat pesan nenek moyang kita “Orang tamak selalu rugi”..

Daripada sibuk berebut menentukan bilangan kerusi dengan SNAP dalam Pilihanraya Sarawak itu lebih baik Pemimpin-pemimpin PKR menyelesaikan segala permasaalahan yang timbul akibat Pemilihan 2010 yang lalu.

Permasalaahan yang kononnya dikatakan telah selesai oleh JPP tetapi dinafikan oleh beberapa pemimpin PKR yang telah membuat laporan itu.. penafian yang sekaligus meletakkan JPP sama tarafnya dengan SPR yang menipu dalam mereleasasikan impian segelintir pemimpin dalam UMNO/BN. Sila baca di SINI.

Ramai ahli-ahli PKR di akar umbi yang masih menantikan dengan sabar apa hasil keputusan siasatan oleh JPP tentang laporan-laporan penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan itu. Ramai juga ahli-ahli PKR yang tidak percaya bahawa JPP itu adalah sama dengan SPR, jadi.. jangan biarkan mereka tertunggu-tunggu umpama menunggu buah yang tak jatuh..

Nenek moyang kita juga ada berpesan.. Jangan yang dikejar tak dapat.. yang dikendong pula berciciran..

Itu pesan dari aku buat beberapa pemimpin PKR yang kelihatan mula tamak dengan kuasa dan juga pesanan buat beberapa pemimpin yang mula menunjukkan keangkuhan mereka dengan berkata “ Nak keluar??.. keluar!!.. satu pergi 200 mari..” bila terdengar berita Ahli PKR keluar parti..

Bercakap tanpa mengambil kira penat lelah ahli-ahli dibawah yang telah mengambil inisiatif untuk menyatukan kembali ahli-ahli yang bersengketa kerana pemilihan itu..

Alaa.. Aku ni kan seorang Blogger saja.. korang nak dengar, korang dengar tak nak dengar tak apa.. tapi pandangan aku dari bawah adalah tidak ditapis sebagaimana apa yang dilihat dan didengar oleh korang Pemimpin-pemimpin PKR..

Dan buat yang akan mengatakan kepada aku bahawa perkara sebegini sewajarnya disuarakan melalui saluran dalaman.. Contoh saluran dalaman dalam PKR ialah JPP itu sendiri..

Dibawah adalah tulisan Aspan Alias..

Pilihanraya Sarawak - PKR tidak matang

Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib kedua-dua belah pihak, BN dan PR.

Pakatan Rakyat, khususnya PKR sedang menghadapi sedikit kekeliruan dengan SNAP dan belum lagi berjumpa dengan formula terbaik untuk berkerjasama dan mengadakan kesepakatan untuk menghadapi BN yang akan bermatian-matian untuk mempertahankan kekuasaan di Sarawak.

Pembangkang di Sarawak akan menghadapi kerugian yang amat besar jika tidak berjaya bergerak seiringan kerana BN Sarawak adalah di dalam keadaan yang paling lemah jika dibandingkan dengan keadaan pada masa-masa yang lalu.

Dalam PR di Sarawak hanya DAP sahaja yang tidak berhadapan kerana parti itu hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN di kawasan bandar dan tidak bercita-cita besar seperti PKR yang mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR nampaknya begitu keras mahukan kerusi yang begitu banyak tanpa memikirkan perasaan pengundi tempatan yang jauh berbeza dari pemikiran pengundi di Semenanjung.

Bagi setengah pendapat jika PKR sensitive kepada keadaan tempatan, parti itu sepatutnya memberikan kelebihan kepada SNAP kerana SNAP merupakan parti yang begitu lama wujud di Sarawak dan pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak yang mewakili Iban dan Dayak yang merupakan pengundi yang ‘substantial’ di bumi kenyalang itu. SNAP telah terkeluar dari BN di sebabkan pergolakan politik Sarawak hampir dua dekad dahulu.

Apa yang boleh dilakukan di Semenanjung tidak semestinya boleh dilakukan di Sarawak. UMNO tidak dapat menjejakan kaki di Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan kehadiran UMNO, walaupun UMNO merupakan tunjang kepada BN. Tidak ganjil rasanya jika PKR hanya mengambil kerusi dengan jumlah yang agak munasabah bagi rakyat Sarawak.

Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus denga DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?

Bagi Sarawak kaedah yang paling baik untuk menghadapi BN ialah dengan memberikan kelebihan kepada parti-parti tempatan yang lebih lama dan memahami keadaan di negeri itu, terutamanya SNAP. Dalam pada itu PKR mesti faham bahawa SNAP juga sedang menjalini hubungan dengan MCLM yang juga merupakan satu kumpulan yang inginkan representasi di Sarawak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Sesungguhnya usia SNAP lebih lama dari usia PKR dan memebrikan kelebihan kepada parti-parti tempatan merupakan satu kompromi yang berkesan untuk menghadapi BN yang sangat besar kekuasaan kewangan dan kemudahan yang lain.

Jika ada kompromi yang baik dan mempunyai matlamat yang satu maka tumpuan kepada 30 kerusi Dayak dan Iban yang pernah mewakili mereka di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pernah menjadi komponen yang besar di dalam BN Sarawak dan di wakili di dalam kabinet Sarawak. Disinilah lebihnya UMNO kerana sanggup berkorban dengan rakan-rakan komponen dan bersetuju tidak diwakili didalam legislative persekutuan dan negeri dari Sarawak.

Pemimpin PKR sepatutnya menumpukan usaha memberikan sokongan kepada komponennya di Sarawak jika SNAP bersetuju untuk menjadi komponen kepada PR. Jika titik pertemuan tidak tercapai maka akan ada perentapan di antara SNAP dengan PKR di kawasan-kawasan Iban dan Dayak yang akan memberikan kemenangan mudah kepada BN di dalam mana-mana pertandingan 3 penjuru di Sarawak.

Kali ini kita lihat samada PKR mempunyai kematangan dalam mengendalikan ‘coalition’ yang lebih besar.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...