Showing posts with label spr. Show all posts
Showing posts with label spr. Show all posts

Makcik Besah Pun Puak HamPAS Nak Fitnah! Lain Kali Selidiklah Dulu, Jangan Tunjuk Bangang!

“Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadan.”

Demikian luahan kekesalan seorang daripada dua Besah binti Mat (450713-09-5010) ketika ditemui di Taman Gasing, Jejawi Batas, di sini semalam dalam misi menjejak kebenaran susulan dakwaan Pemuda Pas bahawa berlaku penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu yang masing-masing didakwa memiliki dua kad pengenalan.

Sebelum ini melaporkan kecurigaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobili
sasi Pemuda Pas, Suhaiza Kaiat apabila mendapati dua individu bernama sama dengan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir didaftarkan sebagai pengundi di tempat berbeza.

Masih tergamam apabila Sinar Harian memaklumkan nama dan maklumat peribadinya didedahkan dalam akhbar, Besah mengakui tidak menyangka dirinya didakwa mengundi dua kali di tempat berasingan.

Menurutnya, dia hanya mengundi di Alor Lanchang, di sini bersama suaminya, Meh @ Bahari Yaakob, 73, pada setiap pilihan raya dan tidak pernah menukar daerah mengundi.

“Saya berasal dari Bohor Mempelam, Arau sebelum berpindah ke Jejawi Alor Lanchang setelah berkahwin pada usia 16 tahun.

“Kami sekeluarga tidak pernah berpindah keluar dari kawasan Jejawi Batas dan sekiranya saya didakwa mengundi dua kali di kawasan lain, itu bohong,” katanya.


AS kata, puak hamPAS patut minta maaf pada Makcik Besah kerana telah memfitnah dan memburukkan nama beliau.
Perangai pas dah macam setan main fitnah serkap jarang sekali harung menuduh dan memfitnah orang tanpa rasa bersalah!

Kononnya nak berlagak tunjuk pandai, tapi puak-puak ni rupanya bodoh!

Bapa Penyanyi To' Ki Pun Difitnah Oleh hamPAS dalam Isu Daftar Pemilih SPR!!

Bapa kepada penyanyi To’ki, Mansor Ahmad, 63, menafikan dakwaan Pas kononnya dia memiliki dua kad pengenalan yang membolehkannya mengundi dua kali dalam satu pilihan raya dan dua kali dalam mesyuarat UMNO.

Mansor berkata, dia tinggal di alamat 21, Kampung Paya Nongmi, Mukim Sungai Laka, bersama isterinya, Azizah Zakaria, 59, sejak lebih 50 tahun lalu.

“Saya sudah mendaftar sebagai ahli Umno sejak zaman ‘kapal layar’ lagi, sampai sekarang tidak pernah berubah.

“Saya rasa tidak puas hati apabila ada pihak membuat dakwaan seperti ini, saya harap pada masa akan datang, perkara sama tidak berulang,” katanya semalam.

Mansor, seorang pesara, dahulunya pernah bekerja sebagai pemandu bas selain pernah membuka kedai makan di sini, mempunyai tujuh anak, dua daripada perempuan dan lima lelaki, serta 24 cucu.

Sementara itu, seorang lagi Mansor Ahmad, 63, yang menetap di rumah beralamat 230, Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, dekat sini turut menyatakan kekesalan terhadap dakwaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.

“Mereka mendakwa saya mempunyai dua kad pengenalan, ini adalah fitnah dan jika benar saya sudah melanggar undang-undang negara.

“Tindakan Pas ini menunjukkan seolah-olah mereka hanya tahu mencari salah orang tanpa menyelidik dan saya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara ini,” katanya.

Mansor, seorang peneroka Felda berkata, dia sudah menetap di rumah berkenaan bersama isterinya, Siti Mariam Othman, 57, sejak lebih 30 tahun lalu.-SH-

Silap 'Key In' Adalah Perkara Lumrah Bagi Semua Manusia


AS masih boleh menerima kesalahan seperti ini. Orang lain tak taulah kan?
Tapi diharap SPR jangan duk buat kerap-kerap 'silly mistake' seperti ini. Adalah tidak logik jika SPR ingin menipu, takkanlah nak letakkan nama 'Kg Baru'. Akai ada ka??

Adalah suatu yang logik jika dari jutaan data pengundi yang 'dikey-in', kesilapan manusia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Cubalah belajar bersikap terbuka sikit. Janganlah asyik mencari silap orang lain sedangkan diri kita pun belum tentu sempurna.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan kewujudan nama 'Kg Baru' sebagai pengundi berdaftar berpunca daripada kesilapan semasa pendataan Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih).

"Kesilapan itu berlaku semasa pengisian maklumat dalam ruangan nama pada sistem pendaftaran yang menyebabkan nama 'Kg Baru' telah didaftarkan sebagai nama kepada pemohon," kata SPR dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, SPR telah mengambil tindakan serta-merta dan membuat pembetulan kepada maklumat pengundi iaitu nama pengundi itu selepas memyedari kesilapan tersebut, kata kenyataan tersebut.

SPR mengulas laporan media hari ini yang memetik Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat bahawa perkara itu dikesan dalam Daftar Pemilih SPR.

Suhaizan antara lain dilapor berkata pemilih bernama 'Kg Baru' itu memiliki nombor kad pengenalan individu bernama Noraini Binti Abdullah.

Mengenai pengundi hantu 'Farhana Abdul Rashid' yang didakwa Suhaizan, SPR berkata nama itu wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Melalui 'Agency Link-up System) (ALIS) dengan JPN, SPR mendapati nama pengundi itu memang wujud dalam rekod JPN sebagai warganegara dan pendaftaran adalah sah, kata kenyataan itu.

Berhubung bayaran RM10 bagi setiap bantahan, SPR menjelaskan perkara itu tertakluk kepada peraturan undang-undang khususnya subperaturan 15(4) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Update: Video Penuh 2 Jam Wacana 'Apa Selepas 9 Julai'

Aku kompilasikan khas buat pembaca blog AS yang dikasihi..
Hangpa tonton dan nilaikan sendirilah.
SPR dah beri penerangan cukup jelas, tapi masih ada puak-puak yang sengaja membutakan hati mereka. Selamat menonton

Kredit to TV Sunah







Video Wacana: Apa Selepas 9 Julai? Balaci Ambiga Biadap!



Lihatlah! Inilah ajaran puak ajaran syaitan. Di kala timbalan Pengerusi SPR memebri penjelasan berkenaan tugas dan peranan mereka, puak-puak jenis dasar tak reti menghormati majlis boleh mem'boo' wakil SPR yang sedang bercakap?

Puak-puak pakatan juga dikhabarkan telah bertindak biadap dengan membuat kecoh dan menjadikan susana dalam dewan karangkraf itu menjadi seperti pasar!

Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya? Tolonglah dengar penjelasan dengan hati yang terbuka.

Dasar biadap dan kurang jar. Jenis buta hati semuanya nak salahkan kerajaan!

Edisi Penuh Video Di Blog AS di http://panggungopera.blogspot.com/2011/07/saksikan-video-penuh-2-jam-wacana-apa.html

Jawapan Bagi Artikel Haramkah Ini!

AS petik dari Blog Ahli Parlimen Kota Belud, Dato Abdul Rahman Dahlan tentang salah satu jawapannya yang begitu bersahaja tapi mantap bagi menepis pelbagai dakyah negatif yang dibawa pembangkang berkenaan ketelusan perjalanan pilihanraya.



Mr Tulang Besi,
Although I sometimes find Harakah is written for the sole purpose of getting maximum political mileage, like the side story on arsenic poisining in the article above, I nevertheless thank you for highlighting the main headline.

I notice the date of the publication was 20th September 1999. Precisely because of this kind of allegations back then that the EC had decided to make immediate changes to the postal vote procedures involving the military and the police. Now, postal vote voting procedure is similar to normal vote system. Military and police personnel vote in private booths, while the entire voting procedures are watched by representatives of the candidates. Now, no one can claim he votes for someone elese anymore.



Lagi pelbagai soalan bodoh dari Tulang Besi dijawab dengan penuh fakta kukuh dan berhemah anda boleh baca di mpkotabelud.



Syabas, inilah contoh Ahli Parlimen muda yang kita mahukan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...