


![]() |
Perwakilan Puteri Umno tidak dapat menahan air mata ketika wakil Kelab Umno Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafli menyanyikan lagu "Anak Kecil Bermain Api" ketika membahaskan ucapan |
Seorang perwakilan Umno Bahagian Padang Besar ditemui meninggal dunia di biliknya di sebuah hotel di sini awal pagi tadi.Perwakilan itu, Wan Osman sepatutnya menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2012 sebagai pemerhati.
Jenazah kini masih di hotel dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.SH
TAKZIAH AKU UCAPKAN.
HILANGNYA SEORANG PEJUANG AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR KETIKA ARWAH SEDANG MENGGALAS AMANAH YANG DIBERIKAN OLEH AHLI DIBAHAGIAN ARWAH.
SEMOGA ARWAH TENANG DI SANA.
AL FATIHAH..
Ada lagi orang yang berani nak cabar pelik-pelik camni?
Apapun team harimau Malaya dah buktikan sesuatu yang sekurang-kurangnya boleh dibanggakan.
Kita harapkan keputusan yang terbaik dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Indonesia Sabtu ini.
Pemuda Umno mengiktiraf kejayaan pelumba motosikal negara yang telah mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa dengan menyampaikan Anugerah Kesatria Terbilang kepada Zulfahmi Kamaruddin sebntar tadi.
Syabas Zulfahmi!
Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan blogger yang sangat prihatin terhadap permasalahan aku, blog aku akhirnya dapat dipulihkan semula dari serangan malware.
Disini dengan rendah diri aku memohon rakan blogger yang mana sebelum ini terpaksa membuang link aku yg sebelum ini dijangkiti virus sebelum ini hingga terkena tempias masalah ini semoga dapat memautkan semula link blog aku.
Jasa baik kalian aku dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Semoga perjuangan kita semua dapat menyumbangkan kepada kemenangan besar Umno/Bn dalam Pru13 ini. INSYALLAH..
Isu mendoakan parti Melayu hancur dan musnah telah mengakhiri muktamar PAS semalam... Umum mengetahui, ianya sentiasa dilakukan oleh PAS semenjak dahulu lagi...
Namun, dengan kekuasaan Allah UMNO\BN terus memerintah tanah Malaysia ini.. Doa ini termasuk semasa anwar berada dalam UMNO...
Dulu Anwar pernah berbicara sebagaimana kenyataannya di atas.
Kepada siapakah Anwar tujukan?
Aku yakin ramai yang tahu jawapannya.
Umno masih memerintah Malaysia dan InsyaAllah pada masa akan datang terus akan memerintah kerna ia adalah parti yang paling mudhorat berbanding parti komponen dalam pakatan..
KUALA LUMPUR – Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membantah penayangan filem tamil berjudul Thupakki di negara ini kerana didakwa menghina Islam.Presiden Ikatan Relawan Insan Muslim Malaysia, Amir Amsa Alla Pitchay berkata, filem secara keseluruhannya menunjukkan penganut agama Islam sebagai pengganas.
Menurutnya pihaknya telah meneliti tayangan filem berdurasi selama dua jam itu dan terbukti ia sememangnya merupakan sebuah filem yang direka untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap agama Islam.
“Kita bantah penayangan filem ini di Malaysia secara keseluruhannya dan saya juga meminta Kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik menghentikan tayangan filem ini,” katanya kepada pemberita semalam.
Presiden Pertubuhan Ansarul Islam Malaysia Saed Muhammad S.Maimuni berkata pihaknya kecewa dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas) kerana membenarkan filem itu untuk tayangan.“Apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah sesuatu yang serius sepatutnya Finas peka tentang perkara ini agar ianya tidak ditayangkan kepada umum,” katanya.
Tambahnya, setakat ini penerbit dan pengarah filem itu di India telah pun memohon maaf di atas penghasilan filem sedemikian yang memburukkan Islam dan tayangan itu telah pun dihentikan serta-merta.
Setiausaha Agung Majlis Madrasah India Muslim Malaysia, Kamal Batcha N.M.R Mohidenn berkata, filem yang mula ditayangkan sejak Deepavali itu jelas mempunyai niat jahat.“Kalau diteruskan tayangannya kita khuatir ianya akan membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini jadi kami mahu ia dihentikan,” katanya.
Susulan daripada penayangan filem itu juga, tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi semalam.
Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan saja memerangkap mereka yang memandu melebihi had laju, malah membantu mengesan kereta yang dicuri.
Ia berlaku kepada seorang setiausaha syarikat, Ng Lee Kee, apabila pemandu Proton Iswara miliknya yang hilang pada 26 Oktober lalu berjaya dirakam kamera AES ketika dipandu laju pada jam 7.06 pagi keesokan harinya.
Beliau berkata, suspek dikesan memandu melebihi had laju 80 kilometer sejam di Kilometer 204.5, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Taiping, kira-kira 80 kilometer dari sini. Katanya, walaupun ia kes terpencil, beliau menyokong AES kerana ia membantu mengesan penjenayah khususnya pencuri kenderaan kerana merakam wajah pemandu.
Beliau hanya menyedarinya selepas menerima saman yang tertera namanya, nombor kereta yang hilang dan butiran kesalahan pada 2 November lalu. Gambar kereta dan wajah suspek turut disertakan.
Ramai yang menentang AES, tetapi saya menyokongnya kerana ia terbukti berjaya merakam wajah suspek yang mencuri kereta saya. Ini akan memudahkan polis menahan suspek, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengerusi Biro Aduan dan Khidmat MCA Perak, Datuk Lee Kon Yin, di sini, semalam. Lee Kee yang tinggal di Ampang dekat sini, berkata beliau menulis surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan salinan gambar lebih jelas yang dirakam kamera AES.
Namun, beliau mengakui bimbang kerana JPJ mengarahkannya membayar saman RM300 atau namanya mungkin disenarai hitamkan. Lee Kee membuat laporan kehilangan keretanya dan saman diterima di Balai Polis Sungai Senam, namun sejak dua minggu lalu belum menerima maklum balas. Saya risau dan berharap masalah ini dapat diselesaikan.
Entry aku sebelum ini kisah kamera AES disarung bungkus untuk menggagalkan operasinya. Kali ini juga dipercayai di Perak, lagi kes vandalisme terhadap kamera AES.
Tak cukup dengan selimut, puak anti AES turut menyembur cat hitam.
Aku tak tau la apa nak jadi, sementara nak laksana sepenuhnya seluruh Malaysia, berapa banyak lagi kamera AES yang akan mengalami nasib seperti AES ini.